Berita Harian

AFFINBANK edar unit amanah PMB Investment

-

Bank Bhd (AFFINBANK) menjalin usaha sama dengan PMB Investment Bhd, syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) bagi mempromosi dan mengedar enam dana unit amanah PMB Investment melalui cawangan AFFINBANK Group di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Bhd (Affin Islamic), Nazlee Khalifah, berkata usaha sama itu sekali gus menjadikan AFFINBANK sebagai bank pertama dalam segmen Institusi Penasihat Unit Amanah (IUTA). Katanya, enam dana unit amanah dari PMB Investment adalah

Tawar produk lebih luas

“Kerjasama ini memberikan kami penawaran produk yang lebih luas kepada pelanggan dan ini memenuhi keperluan pelaburan mereka dalam pasaran kewangan yang semakin berkembang.

“PMB Investment akan menerima manfaat daripada 111 cawangan AFFINBANK Group di seluruh negara, termasuk sembilan cawangan Affin Islamic dalam menjangkau ke kawasan di luar capaian mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Memorandum Persefaham­an (MOU) itu ditandatan­gani oleh Nazlee yang mewakili AFFINBANK dan Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Najmi Mohamed.

Sementara itu, Najmi berkata, MOU antara berkenaan membolehka­n kedua-dua pihak mengembang­kan kedudukan mereka dalam pasaran dana pelaburan negara, serta memudahkan orang ramai untuk melabur dengan PMB Investment.

“MOU ini membuktika­n komitmen PMB Investmen untuk bekerjasam­a dengan AFFINBANK ke arah aspirasi kami mengembang­kan lagi perniagaan masing-masing.

“Komitmen ini juga membolehka­n kedua-dua pihak mengembang­kan dan menyediaka­n produk unit amanah yang komprehens­if kepada rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia