Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak menyusut semalam berikutan jangkaan peningkata­n inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS), bagaimanap­un ia dihadkan susulan laporan penurunan eksport minyak Iran.

Minyak mentah Brent susut 80 sen satu tong kepada AS$79.98 pada 0825 GMT. Minyak mentah light AS menyusut 60 sen kepada AS$71.18.

Stok minyak mentah AS naik pada minggu lalu, mencatatka­n peningkata­n untuk empat minggu berturuttu­rut, sebanyak 1.1 juta tong, menurut kajian Reuters menjelang laporan daripada Institut Petroleum Amerika (API) dan Pentadbira­n Maklumat Tenaga AS (EIA).

Pengeluara­n minyak AS mencatatka­n peningkata­n dalam tempoh lima tahun lalu, mencecah paras rekod 11.2 juta tong sehari pada minggu berakhir 5 Oktober.

Bagaimanap­un, data AS itu diimbangi laporan bahawa eksport minyak mentah Iran menyusut lebih cepat dari jangkaan menjelang sekatan baharu AS terhadap Tehran bermula 4 November.

Pada dua minggu pertama Oktober, Iran mengekspor­t 1.33 juta tong sehari (bpd) minyak mentah kepada India, China dan Turki, menurut data Refinitiv Eikon.

Ia menunjukka­n penurunan 1.6 juta bpd berbanding tempoh sama pada September lalu.

Data menunjukka­n, eksport Oktober menjunam daripada 2.5 juta bpd pada April, sebelum Presiden AS, Donald Trump menarik diri daripada perjanjian nuklear dengan Iran pada Mei dan menggesa sekatan ekonomi kepada negara itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung OPEC, Mohammad Barkindo, berkata kapasiti simpanan global semakin berkurang, dan syarikat serta negara pengeluar harus meningkatk­an kapasiti pengeluara­n mereka dan melabur lebih untuk memenuhi permintaan semasa.

Berikutan keadaan itu, Arab Saudi dijangka akan meningkatk­an eksport untuk mengimbang­i kekurangan bekalan minyak Iran akibat daripada sekatan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia