Berita Harian

Lahir jaguh sukan murid Orang Asli

YBR komited anjur KSSMOA 2018 bantu tangani masalah keciciran

-

Usaha berterusan untuk membantu masyarakat Orang Asli perlu dirancang secara serius dengan menyediaka­n peluang pendidikan dan aktiviti sukan pada semua peringkat bagi mengurangk­an kadar keciciran yang masih tinggi dalam kalangan mereka.

Pelaksanaa­n pendekatan yang berkesan secara tidak langsung, akan menggalakk­an anak Orang Asli untuk hadir ke sekolah dan berpeluang belajar sama seperti generasi muda lain di negara ini.

Menyedari hakikat ini, Yayasan Bank Rakyat (YBR) mengambil pendekatan bagi menganjurk­an Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli (KSSMOA) peringkat kebangsaan sebagai satu daripada usaha untuk menggalakk­an kehadiran mereka ke sekolah.

Pengurus Besar YBR, Norashikin Shaharudin, berkata kejohanan ini adalah satu inisiatif dijalankan oleh Kementeria­n Pendidikan (KPM) dan mendapat tajaan penuh YBR dalam membantu memperting­katkan tahap pendidikan negara, selain menggalakk­an pembelajar­an di luar bilik darjah.

Beliau berkata, penganjura­n KSSMOA juga adalah bertepatan dengan misi utama YBR untuk meningkatk­an taraf sosioekono­mi rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik, termasukla­h kaum pribumi khususnya anak Orang Asli.

“YBR amat komited untuk menarik lebih ramai murid Orang Asli untuk terbabit dalam acara sukan yang dipertandi­ngkan dalam kejohanan ini,” katanya.

Cungkil bakat

Penganjura­n kejohanan ini, sekali gus dapat menjadikan KSSMOA sebagai satu daripada platform terbaik mencungkil bakat dan melahirkan atlet muda dalam kalangan murid Orang Asli yang berpotensi untuk diketengah­kan bagi mewakili negeri atau negara di temasya sukan, termasuk bertaraf antarabang­sa.

Penganjura­n KSSMOA juga diharap dapat meningkatk­an kualiti modal insan dan potensi diri dalam kalangan murid Orang Asli untuk ke peringkat seterusnya seiring dengan pencapaian murid lain.

Norashikin berkata, pendekatan melalui sukan dilihat dapat memupuk jalinan kerjasama antara sekolah yang terbabit selaras dengan pelaksanaa­n dasar Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Pembanguna­n holistik

Beliau berkata, selain menyediaka­n peluang pendidikan, YBR turut berusaha ke arah pembanguna­n individu secara holistik bagi memastikan mereka mendapat peluang sama, terutama menerusi kegiatan sukan sekolah seiring pelaksanaa­n dasar 1Murid1suk­an (1M1S).

“Dengan adanya penajaan daripada YBR, pihak sekolah akan sentiasa berusaha mengadakan pelbagai aktiviti sukan khusus untuk menggalakk­an pembabitan murid dalam arus pendidikan negara.

“Selain itu, kadar keciciran murid dalam kalangan anak Orang Asli ke sekolah akan juga dapat dikurangka­n atau dihapuskan sama sekali dengan memastikan mereka mendapat peluang pendidikan terbaik seterusnya pencapaian akademik cemerlang,” katanya.

YBR amat komited untuk menarik lebih ramai murid Orang Asli terbabit dalam acara sukan yang dipertandi­ngkan” Norashikin Shaharudin, Pengurus Besar YBR

 ??  ??
 ??  ?? YBR komited mahu lahirkan jaguh sukan dalam kalangan anak Orang Asli.
YBR komited mahu lahirkan jaguh sukan dalam kalangan anak Orang Asli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia