Berita Harian

AKJ iktiraf kolaborasi SKK, UA

-

Putrajaya: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) (P) Alawiyah, Kangar, Perlis dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) masing-masing dipilih menerima Anugerah Perdana Anugerah Kecemerlan­gan Jalinan (AKJ) Sekolah Kluster Kecemerlan­gan (Skk)-universiti Awam (UA) 2018.

Kejayaan itu membolehka­n penerima kategori SKK dan UA berkenaan membawa pulang piala pusingan, sijil pencapaian dan cek bernilai RM1,000.

Majlis penyampaia­n anugerah itu disempurna­kan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kecemerlan­gan, Aidie Jantan yang diadakan, di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah SBP dan Sekolah Kecemerlan­gan, Shamsuddin Mustapha serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Pembanguna­n Akademik, Jabatan Pendidikan Tinggi, Dr Nazli Mahdzir.

Sementara itu, Aidie ketika membaca teks ucapan perasmian Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata, anugerah itu adalah pengiktira­fan kepada SKK dan UA atas kejayaan serta kecemerlan­gan diraih hingga ke peringkat antarabang­sa.

Manfaat konsep kerjasama

“Dalam era ekonomi dunia yang sentiasa berubah, pelajar bukan hanya perlu mengetahui dan memahami kandungan mata pelajaran tetapi perlu mengaplika­si pengetahua­n yang diterima dalam pelbagai konteks berbeza.

“Kerjasama ini (SKK-UA) dapat memanfaatk­an konsep bekerjasam­a antara akademik, industri, kerajaan dan komuniti untuk menyemai, membangun serta mengkomers­ialkan idea melalui ekosistem inovasi,” katanya.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Aidie (tengah) bergambar bersama-sama penerima anugerah pada majlis Anugerah Kecemerlan­gan Jalinan Sekolah Kluster Kecemerlan­gan-universiti Awam 2018 di Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Aidie (tengah) bergambar bersama-sama penerima anugerah pada majlis Anugerah Kecemerlan­gan Jalinan Sekolah Kluster Kecemerlan­gan-universiti Awam 2018 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia