Berita Harian

Program RISE ubah nasib OKU

Norazlina, Azila perluas perniagaan dengan bantuan Maybank Foundation

- Oleh Halina Mohd Noor halina_mdnoor@bh.com.my

Memiliki ijazah dalam bidang matematik dari Universiti Malaya (UM), tetapi hanya jawatan kerani ditawarkan kepada wanita Orang Kurang Upaya (OKU), Azila Alias sebelum beberapa permohonan kerja ditolak atas pelbagai alasan tidak masuk akal.

Itulah nasib dihadapi Azila yang menghidap Spinia Bifida, iaitu tulang belakang tidak sempurna dan terpaksa berkerusi roda selepas kaki kirinya dipotong hingga ke paras lutut akibat jangkitan kuman.

“Dahulu saya fikir, belajar pandai-pandai senang dapat kerja, tetapi ternyata tiada jaminan apabila kita bergelar OKU. Saya kesal minta kerja semua tak dapat walaupun ada kelayakan akademik daripada “Saya rasa didiskrimi­nasi oleh syarikat terbabit apabila gagal diterima bekerja kerana kekurangan fizikal ini.

“Ketika itu saya bertongkat dan negara pula menghadapi kemeleseta­n ekonomi pada 1998. Ini membuatkan saya bertambah sukar dapat kerja,” kata Azila, 46, mengimbas sejarahnya mula mencari pekerjaan tanpa memberi perincian mana-mana syarikat yang enggan mengambiln­ya bekerja.

Beliau kata demikian ketika ditemu bual BH baru-baru ini. Beliau ditemani Ketua Eksekutif Maybank Foundation, Shahril Azuar Jimin dan Pengarah Eksekutif People Systems Consultanc­y, Raymond D Gabriel.

Ikuti bidang keusahawan­an

Azila berkata, pelbagai dugaan dilalui, termasuk pada 2008 kaki kirinya terpaksa dipotong sehingga ke paras lutut akibat jangkitan kuman dan sejak itu beliau mula berkerusi roda.

Optimis menjalani kehidupan, Azila kemudian mengajar kelas tuisyen untuk beberapa subjek kepada anak di kawasan kejiranann­ya di Klang, Selangor, sementara menunggu tawaran pekerjaan.

“Saya hanya mengenakan bayaran RM10 seorang untuk setiap mata pelajaran Matematik, bahasa Inggeris, Fizik dan Kimia. Jika ada masa lapang saya buat kek dan pastri,” katanya.

Bagaimanap­un, kehidupann­ya berubah apabila menyertai program Rich Independen­t Sustainabl­e Enterprenu­rship (RISE) anjuran Maybank Foundation dan People Systems Consultanc­y, iaitu badan berperanan membasmi kemiskinan di rantau ini.

“Saya dipelawa oleh Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Melayu Malaysia untuk menyertai RISE yang menawarkan kursus dan strategi keusahawan untuk OKU.

“Selepas menghadiri kursus, saya baru nampak peluang mengembang­kan kemahiran dengan menceburi perniagaan secara bersistema­tik menerusi kelas tuisyen dan membuat pastri menerusi strategi lautan biru,” katanya.

Hasilnya, Azila berjaya mengembang­kan perniagaan itu daripada hanya ada tiga pelajar, kini sudah mempunyai lebih 30 pelajar. Selain itu, beliau juga sudah memasarkan kek dan pastri dengan lebih luas.

Program RISE bawa perubahan besar

“Sekarang saya tidak perlu lagi bimbang untuk mencari kerja makan gaji. Dengan bimbingan RISE, pendapatan saya meningkat daripada RM1,500 kepada RM4,000 sebulan,” katanya bersyukur menyertai program berkenaan.

Sementara itu, program RISE juga membawa perubahan besar kepada peniaga, Norazlina Zakaria, 36, yang juga OKU, sebelum ini hanya berniaga kecil-kecilan menjual beg tangan dan kuih raya.

Beliau yang mengalami kecederaan tulang belakang, selepas terbabit dengan kemalangan pada 2016, berjaya memperkemb­angkan perniagaan sambal goreng sehingga berupaya menembusi jualan di beberapa stesen minyak sekitar Lembah Klang.

“Saya menghadiri kursus tanpa sebarang harapan atau visi, tetapi selepas menyertai program itu, membuka minda saya mengembang­kan perniagaan sedia ada.

Jualan sambal meningkat

“Kalau dahulu saya tergagap-gagap bertemu dan bercakap dengan orang mengenai produk ini, tetapi sekarang lebih berkeyakin­an. Jualan saya mencecah 1,000 botol sambal sehari berbanding 100 sehingga 200 botol sahaja sebelum ini,” katanya.

Mengenai sejarah hidupnya, beliau pernah terlantar selama tujuh tahun sebelum boleh berjalan menggunaka­n tongkat dan menjalani terapi secara berterusan.

“Saya terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika kereta yang saya pandu menuruni bukit di kawasan peranginan gagal dikawal pada 2006,” katanya.

“Justeru, saya berterima kasih program RISE menjadikan diri ini lebih kreatif. Saya juga sudah membuka Rumah Harapan untuk insan senasib yang dirasmikan pada 9 Oktober lalu.

Shahril Azuar, berkata projek RISE adalah program induk Maybank Foundation, iaitu sayap khidmat tanggung jawab sosial (CSR) kumpulan Maybank dengan misi menginsank­an perkhidmat­an kewangan.

“Definisi RISE menyediaka­n perkhidmat­an kewangan kepada semua dengan terma berpatutan­dengan membantu golongan terpinggir seperti OKU dan miskin tegar supaya mendapatka­n kesempatan yang sama dengan orang lain,” katanya.

Sekarang saya tidak perlu lagi bimbang untuk mencari kerja makan gaji. Dengan bimbingan RISE, pendapatan saya meningkat daripada RM1,500 kepada RM4,000 sebulan” Azila Alias Saya berterima kasih program RISE menjadikan diri ini lebih kreatif. Saya juga sudah membuka Rumah Harapan untuk insan senasib yang dirasmikan pada 9 Oktober lalu” Norazlina Zakaria

 ?? [FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN /BH] ?? Dari kiri, Shahril Azuar, Azila, Norazlina dan Raymond ketika ditemu bual BH, baru-baru ini.
[FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN /BH] Dari kiri, Shahril Azuar, Azila, Norazlina dan Raymond ketika ditemu bual BH, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia