Berita Harian

Peniaga dalam talian wajib bayar zakat

-

Shah Alam: Individu yang menjalanka­n perniagaan dalam talian wajib membayar zakat berikutan adanya untung rugi dalam transaksi perniagaan mereka.

Ketua Pegawai Penyelaras Lembaga Zakat Selangor (LZS), Abdul Basith Hamid, berkata bagi perniagaan berkonsep seperti itu yang sudah cukup setahun atau haulnya, selain memperoleh pendapatan positif, peniaganya perlu membayar zakat mengikut kiraan kifayah.

“Tetap wajib (peniaga dalam talian) perlu mengeluark­an zakat 2.5 peratus dari perniagaan mereka.

“Walaupun secara dalam talian, perniagaan berkenaan masih tertakluk kepada pengeluara­n zakat kerana membabitka­n transaksi perniagaan,” katanya selepas Majlis Muzakarah Zakat Kebangsaan 2018, di sini.

Rujuk pakar

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi LZS, Prof Datuk Dr Aizuddin Ahmad dan Timbalan Naib Canselor UITM, Prof Dr Zaini Abdullah.

Abdul Basith berkata, perniagaan yang tidak nampak secara zahir seperti itu, belum dapat diputuskan status pembayaran zakatnya.

“Kita akan bahaskan perkara ini melalui forum bagi mendapatka­n kata putus yang terbaik,” katanya.

Dalam isu lain, Abdul Basith mengingatk­an ‘ulama digital’ yang mempunyai bilangan pengikut yang ramai supaya merujuk kepada pakar sebelum mengeluark­an pandangan.

Katanya, isu berkenaan zakat banyak dibahaskan oleh golongan ini tetapi sebahagian­nya membuat pandangan yang tidak tepat.

“Sebagai contoh, mereka gambarkan dan warwarkan dalam media sosial seorang itu miskin seolah-olah pusat zakat tidak pernah membantu.

“Apabila kita kaji, 99.9 peratus menunjukka­n individu berkenaan sudah dibantu malah perkara sama turut terjadi pada institusi zakat di negeri lain,” katanya.

Majli Muzakarah Zakat Kebangsaan dianjurkan LZS bersama Universiti Teknologi MARA (UITM).

 ?? [FOTO FAIZ ANUAR /BH] ?? Abdul Basith (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Zaini pada Program Muzakarah Zakat Kebangsaan 2018 di Shah Alam, baru-baru ini.
[FOTO FAIZ ANUAR /BH] Abdul Basith (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Zaini pada Program Muzakarah Zakat Kebangsaan 2018 di Shah Alam, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia