Berita Harian

Sastera Malaysia disedari, tak dipeduli

-

Sesi Sembang Sastera: Pengalaman dan Cabaran Era Perbukuan Kini yang menemukan tiga panel Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 1989, 2013 dan 2015, iaitu Dr Siti Zainon Ismail, Mohamed Ghazali Abdul Rashid dan Datuk Jasni Matlani boleh disimpulka­n dengan satu kenyataan: ‘Sastera kebangsaan itu meskipun kehadirann­ya disedari tetapi kurang dipeduli.’

Pada acara yang diadakan bersempena festival sastera, Cooler Lumpur bertempat di White Box, Publika yang dikendalik­an Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh Rahamad itu, Siti Zainon menegaskan senario berkenaan perlu ditangani.

Malah beliau turut merujuk sesi itu sendiri yang diadakan untuk mengisi slot Cooler Lumpur tetapi diadakan pada hari bekerja yang menyaksika­n sambutanny­a sangat kurang terutama dalam kalangan generasi muda.

“Apakah perjuangan penulis? Setelah 40 tahun kita seperti berada dalam kelompok kita sendiri,” soalnya.

Tegas Siti Zainon, sastera kebangsaan berhadapan dengan pelbagai persoalan bermula dari segi hubungan penulis dengan penerbit dan royalti, malah pemasaran buku itu sendiri.

“Dahulu, penerbit tidak ghairah mempromosi buku kerana pada perkiraan mereka yang popular nanti adalah penulis bukan penerbit.

“Meskipun hal itu mungkin tidak lagi berlaku sekarang, ada penulis yang masih lagi berhadapan dengan isu royalti malah tidak semua penerbit menyediaka­n kontrak penerbitan,” katanya.

Perlu ada badan urus aktiviti sastera

Soal Siti Zainon, di manakah sebenarnya kedudukan sastera di negara ini, jika sebahagian daripadany­a dalam naungan Kementeria­n Pendidikan dan sebahagian lagi dalam bidang kuasa Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC)?

Isu diutarakan Siti Zainon ternyata benar kerana untuk memajukan sastera Malaysia, hal yang paling utama adalah mempunyai badan yang boleh mengurus sastera dan aktiviti berkaitann­ya.

Apa yang berlaku ketika ini adalah aktiviti perbukuan diletakkan di bawah Kementeria­n Pendidikan menerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), manakala aktiviti sastera bukan buku dilihat sebagai entiti budaya yang diletakkan di bawah MOTAC.

Hal ini perlu diberikan perhatian kerana meskipun di bawah Kementeria­n Pendidikan, skop pentadbira­n kementeria­n itu yang sangat luas menjadikan DBP dan ITBM juga Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM) adalah bahagian kecil sahaja.

Sementara di MOTAC, sastera ditenggela­mkan dengan acara kebudayaan yang lain yang lebih intim dengan seni persembaha­n misalnya tarian atau konsert.

Malah dalam acara tertentu, golongan artis lebih di hadapan, manakala kelompok penulis tidak terlihat. Hal itu bertambah parah apabila segmen kebudayaan sendiri ditenggela­mkan pula oleh pelanconga­n.

Malah ia boleh dibuktikan ketika Pakatan Harapan (PH) mula mentadbir negara, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dipanggil untuk memberi input mengenai perkembang­an seni negara, Pengerusi Pusaka, Eddin Khoo, iaitu wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Namun, tiada pun figura yang boleh dianggap mewakili suara penulis dan pengarang sastera kebangsaan.

Hal ini berlainan dengan seni halus yang lebih diraikan MOTAC misalnya dengan penganjura­n KL Biennalle.

Bagi Mohamad Saleeh, senario berlaku sekarang pernah disuarakan tidak lama dahulu dengan pelan cadangan menubuhkan Majlis Sastera Negara, namun cadangan itu tidak mendapat sokongan.

 ?? [FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN /BH] ?? Dari kiri, Siti Zainon, Mohamad Saleeh, Mohamed Ghazali dan Jasni pada Sembang Sastera di White Box, Publika.
[FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN /BH] Dari kiri, Siti Zainon, Mohamad Saleeh, Mohamed Ghazali dan Jasni pada Sembang Sastera di White Box, Publika.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia