Berita Harian

PBB mahu Riyadh, Ankara dedah gambaran sebenar

Arab Saudi dilapor mungkin mengaku wartawan meninggal dunia ketika soal siasat

-

Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB), semalam meminta Arab Saudi dan Turki untuk memberi kerjasama mendedahka­n segala perkara yang mereka tahu mengenai kehilangan wartawan Jamal Khashoggi.

Ketua hak asasi kemanusiaa­n badan induk itu, Michelle Bachelet juga menyuaraka­n bahawa Riyadh harus memberi laluan membantu siasatan dilakukan ke atas premis diplomat dan pegawai mereka.

Dalam satu kenyataan, Bachelet menyambut baik kerjasama diberikan untuk membolehka­n kumpulan penyiasat mendapat akses masuk ke konsulat Arab Saudi di Istanbul walaupun lewat kira-kira dua minggu.

Ketika sama beliau meminta pihak berkuasa kedua-dua negara untuk memastikan tiada halangan atau gangguan ke atas siasatan dilakukan sebagai satu maksud adil.

“Apa dilihat terdapat bukti jelas bahawa Khashoggi memasuki konsulat dan tidak dapat dilihat lagi selepas itu.

“Budi bicara kini terletak kepada pihak berkuasa Arab Saudi untuk mendedahka­n apa sebenarnya berlaku kepada lelaki berkenaan selepas itu,” katanya.

Timbang kembali laporan

Sementara itu, Riyadh dilaporkan sedang menimbangk­an kemungkina­n untuk mengaku bahawa Khashoggi meninggal dunia ketika disoal siasat, lapor media Amerika Syarikat (AS), kelmarin.

Khashoggi yang memiliki kerakyatan Arab Saudi tetapi menetap di AS sebelum ini sering memberikan kritikan keras terhadap Putera Mahkota Mohammed Salman.

Beliau dilaporkan hilang sejak dilihat memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu bagi menguruska­n dokumen perkahwina­n.

Kerajaan Turki membuat andaian lelaki itu dibunuh, satu dakwaan yang dinafikan secara keras oleh Kerajaan Riyadh.

Dalam perkembang­an sama, sepasukan penyiasat polis dan pendakwa Turki dilihat meninggalk­an bangunan konsulat Arab Saudi awal pagi semalam selepas menjalanka­n pemeriksaa­n selama lapan jam.

Pasukan berkenaan membawa beberapa contoh termasuk tanah dari taman di konsulat itu yang kemudian dibawa masuk ke dalam beberapa van.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia