Berita Harian

Spieth tak sabar aksi di Las Vegas

-

Los Angeles: Pemenang tiga kejuaraan utama jelajah golf, Jordan Spieth akan beraksi di Las Vegas bulan depan bagi kejohanan pertamanya dalam Jelajah PGA AS musim luruh di Amerika Syarikat selepas gagal melengkapk­an kejohanan minimum disertai musim lalu.

Spieth tidak memenuhi jumlah minimum kejohanan PGA musim lalu selepas dia gagal layak ke kejohanan penamat musim Kejuaraan Jelajah PGA AS, menyebabka­nnya didenda dan dikenakan penalti di bawah peraturan jelajah.

Namun pegawai berkata bulan lalu, Spieth dan jelajah itu menemui “jalan penyelesai­an” dan ia memungkink­an Spieth mengubah jadualnya bagi permulaan musim 201819.

Ada reputasi

Spieth akan bertanding dari 1 hingga 4 November depan pada Terbuka Shriners Hospitals for Children di TPC Summerlin.

“Saya amat teruja untuk beraksi,” kata Spieth. Kejohanan itu sudah lama saya perhatikan kerana lapanganny­a mempunyai reputasi besar dalam jelajah dan saya juga sukakan hubungan dengan hospital. Pasti ia minggu yang menyeronok­kan di bandar raya hebat.”

Spieth sebelum ini beraksi pada kejohanan musim luruh PGA AS dari 201315 pada kejohanan Juarajuara HSBC WGC di China. Pada 2014, dia menang Terbuka Australia dan Cabaran Dunia Hero selain mencipta lima kemenangan pada 2015.

Pemain AS berusia 25 tahun itu menjuarai Masters AS 2015 serta Terbuka AS dan British 2017. Dia hanya perlu memenangi Kejuaraan PGA untuk melengkapk­an kejuaraan Grand Slam.

 ??  ?? Jordan Spieth
Jordan Spieth

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia