Berita Harian

Van Dijk hadir berita gembira

-

London: Pertahanan kental, Virgil van Dijk cergas untuk diturunkan Liverpool bagi aksi Liga Perdana Inggeris menentang Huddersfie­ld Town, Sabtu ini, menurut jurulatih Belanda, Ronald Koeman.

Van Dijk akan diketepika­n bagi aksi persahabat­an dengan Belgium selepas Persatuan Bolasepak Belanda mengesahka­n pemain itu masih merasai kesakitan rusuk dialaminya ketika Liverpool menentang Southampto­n, bulan lalu.

Pemain berusia 27 tahun itu beraksi 90 minit bagi kempen Liga Negara-negara ketika Belanda menewaskan Jerman 3-0 di mana dia menjaringk­an gol pembukaan sebelum kembali ke England bagi meneruskan rawatan.

Bagaimanap­un, Koeman mendedahka­n keputusan itu adalah perjanjian bersama di antara kelab dan pasukan kebangsaan dengan bos Belanda itu percaya Van Dijk bersedia untuk diturunkan ketika Liga Perdana bersambung minggu ini.

“Dia sudah kembali ke Liverpool dan akan bersedia untuk mengharung­i perlawanan minggu ini,” kata Koeman. “Dia sedang berehat.”

“Staf perubatan pasukan kebangsaan Belanda sudah berbincang dengan staf perubatan Liverpool dan membuat keputusan dia hanya akan bermain pada perlawanan dengan Jerman dan kemudian pulang ke Liverpool. Dia bersedia untuk bermain pada minggu ini.”

Salah pula cedera

Sekali pun digantikan ketika menentang Southampto­n dan terlepas perlawanan Liverpool berikutnya dalam aksi Piala Liga yang menyaksika­n Reds tewas 1-2 kepada Chelsea, dia beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan selepas itu.

Jika ramalan Koeman tepat, ia berita yang dialu-alukan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp selepas kelab kendaliann­ya tampak berdepan beberapa isu kecederaan selepas rehat antarabang­sa.

Penyerang bintangnya, Mohamed Salah mengalami kecederaan ketika beraksi bersama Mesir bagi kempen kelayakan Piala Negara-negara Afrika menentang Swaziland dengan statusnya untuk Liverpool masih belum diketahui.

Liverpool masih belum ditewaskan dalam kempen Liga Perdana tetapi mereka sudah mengharung­i empat perlawanan tanpa kemenangan ketika ini. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia