Berita Harian

Dzeko jamin kedudukan Bosnia

-

Sarajevo: Edin Dzeko meneruskan permulaan sempurna Bosnia dalam kempen Liga Negara-negara Eropah selepas penyerang Roma itu meledak dua gol ketika menang 2-0 ke atas Ireland Utara, kelmarin.

Penyerang berusia 32 tahun itu tampil dengan persembaha­n garang di gelanggang sendiri untuk menyumbat gol pada keduadua babak permainan, bagi menghukum pertahanan Ireland yang longlai.

Bosnia ketika ini menghuni tangga teratas Liga B, Liga Negara-negara yang turut diisi Austria selepas mengutip sembilan mata maksimum daripada tiga perlawanan.

Ireland Utara, yang turut ditewaskan Bosnia di Belfast bulan lalu sudah mengharung­i enam perlawanan tanpa menjaringk­an sebarang gol dan menghuni tangga tercorot selepas dipalit tiga kekalahan berturut-turut.

“Pemain muda membuat keputusan yang salah di kedudukan yang salah di atas padang dan kerana itulah Dzeko adalah pemain yang bagus, dia menghukum kamu,” kata pengurus Ireland Utara, Michael O’neil.

Melakukan kesilapan

Begitupun, perlawanan boleh berakhir sebaliknya jika pemain tengah Middlesbro­ugh, George Saville tidak mensiasiak­an peluang untuk meletakkan pelawat di depan, apabila percubaann­ya berpunca daripada hantaran Jamal Lewis menggegar palang.

Tersentak dengan cubaan itu, Bosnia meningkatk­an permainan dan membuka tirai jaringan pada minit ke-27, apabila Lewis melakukan kesilapan dengan menghantar bola kepada Edin Visca di kawasan penalti tetapi berjaya dipintas Dzeko yang tenang menyumbat gol. Dzeko kemudianny­a melengkapk­an gol kedua pada minit ke-73. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia