Berita Harian

Southgate puji aksi anak buah

Enrique berang aksi buruk Sepanyol

-

Pengurus England, Gareth Southgate memuji skuad kendaliann­ya yang bermain tanpa rasa gentar dan penuh keberanian ketika menewaskan Sepanyol 3-2 di gelanggang lawan, dalam kempen Liga Negara-negara Eropah, kelmarin.

Southgate berkata, pengalaman menundukka­n antara satu pasukan terbaik dunia itu akan memberikan manfaat kepada pasukan berkenaan.

England mengganas apabila mendahului permainan 3-0, menerusi dua jaringan Raheem Sterling dan Marcus Rashford, dengan gol Sepanyol dijaringka­n pemain gantian, Paco Alcacer serta kapten, Sergio Ramos.

“Kualiti persembaha­n adalah hebat, kami bermain dengan keberanian, kami menguasai bola dengan keberanian,” kata Southgate ketika sidang media.

“Apabila kamu berdepan lawan dengan kualiti seperti Sepanyol, dan cuba untuk mengatasi mereka, mereka akan memberi tekanan yang tinggi seperti mereka lakukan pada tujuh minit terakhir perlawanan.

“Kami menonjolka­n kualiti yang sebenar, kualiti ketika serangan balas dan kualiti untuk melakukan penyudah,” katanya.

Dalam pada itu, pengurus Sepanyol, Luis Enrique tidak dapat menahan diri daripada mengkritik persembaha­n buruk yang ditampilka­n skuad kendaliann­ya, pada separuh masa pertama ketika tumbang 2-3 kepada England.

Sepanyol kena ejek

Keputusan buruk dalam kempen Liga Negara-negara itu adalah kekalahan pertama yang dicatatkan Sepanyol dalam perlawanan kompetitif di laman sendiri, dalam tempoh 15 tahun.

“Persembaha­n kami pada babak pertama adalah buruk, kami perlu mengakuiny­a, kami tidak melakukan hantaran dengan baik dan gol pertama membunuh kami,” kata Enrique mengulas kekalahan pertamanya selaku jurulatih Sepanyol.

Persembaha­n Sepanyol menyaksika­n mereka diejek selepas rehat pada aksi di gelanggang kelab Real Betis, Stadium Benito Villamarin yang mempunyai kapasiti 60,000 tempat duduk.

Begitupun, tuan rumah mencipta kebangkita­n menerusi gol Paco Alcacer selepas sejam perlawanan diikuti gol daripada kapten, Sergio Ramos tetapi jaringan gol yang dicari-cari bagi mengelak rekod 38 perlawanan tanpa kalah di laman sendiri lebur tetap tidak berhasil.

Kemenangan ke atas England boleh meletakkan Sepanyol di peringkat separuh akhir Liga Negara-negara, Jun tahun depan tetapi keputusan itu tidak menggugat kedudukan mereka di tangga teratas Kumpulan A4 dengan enam mata.

Sepanyol perlu menewaskan Croatia pada aksi berikutnya di gelanggang lawan bagi mengesahka­n tempat selaku juara kumpulan. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia