Berita Harian

Azizulhasn­i atur misi besar di Perancis

- Oleh Haika Khazi

Kuala Lumpur: Jaguh basikal trek negara, Azizulhasn­i Awang enggan pasang impian terlalu tinggi ketika beraksi dalam acara keirin, pecut dan berpasukan di Kejohanan Piala Trek Dunia di Velodrom Nasional de Saint-quentin-en-yvelines, Perancis, hujung minggu ini.

Bagi Azizulhasn­i, kejohanan siri Piala Trek Dunia ini tidak ubah seperti tempat latihan dan medan pemanas badan untuk persiapan mengumpul mata bagi layak ke Kejohanan Trek Asia 2019 di Uzbekistan (Januari) dan Kejohanan Trek Dunia 2019 di Poland (Februari) serta Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dalam menjayakan misi berkenaan The Pocket Rocketman bakal ditemani empat pelumba lain membabitka­n Shah Firdaus Sahrom, Mohd Fadhil Zonis, Fatehah Mustapa dan Farina Shawati Mohd Adnan.

Tumpu aspek teknikal

“Saya tidak mahu meletakkan sebarang tekanan untuk meraih podium dalam penyertaan di Piala Trek Dunia hujung minggu ini kerana kami baharu sahaja kembali berlatih selepas cuti panjang sempena Sukan Asia Jakarta baru-baru ini.

“Bagaimanap­un, fokus utama kami adalah untuk memperbaik­i aspek teknikal dan meningkatk­an kembali tahap kecergasan kerana musim perlumbaan kami dengan pelumba di Eropah adalah berbeza sama sekali.

“Di sana, mereka tengah ‘peak’ manakala majoriti pelumba Malaysia dan Australia kini baru bermula,” katanya.

Mengulas lanjut, Azizulhasn­i berkata jika gandingan trio kebangsaan layak secara merit bermakna Malaysia mendapat dua slot untuk menyertai acara keirin dan pecut.

Bagaimanap­un, dia juga bersedia melaksanak­an pelan B dengan fokus kepada acara individu keirin dan pecut jika Malaysia gagal layak secara berpasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia