Berita Harian

‘Usah persiakan bakat kami’

-

“Tolong jangan sia-siakan pengorbana­n dan bakat kami!”

Itu rayuan seorang penuntut Sekolah Sukan Malaysia (SSM) yang mengharapk­an Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) supaya membela nasib mereka yang gagal meneruskan karier ke tahap profesiona­l.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Din berkata, situasi diabaikan itu sememangny­a berlaku susulan saingan sengit dalam kalangan rakan sepelatih untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan sekali gus mendorong kepada kemungkina­n berlakunya ‘keciciran’ apabila gagal menyerlah.

“Boleh dikatakan semua pelajar ‘pulun’ ketika sesi latihan kerana mahu pergi jauh dalam bidang sukan diceburi. Sebab itu ada kalanya kami tidak begitu fokus terhadap pelajaran.

“Jika ada yang berjaya masuk ke pasukan kebangsaan sekalipun, mungkin tidak ramai, namun itu tidak bermakna mereka yang tak berjaya itu tidak bagus.

“Mungkin mereka gagal sebagai atlet tapi siapa tahu mereka ada kemampuan untuk menyerlah dari segi lain. Jadi kami yang gagal perlukan peluang sebegini supaya setidak-tidaknya masa depan sedikit terjamin.

Tertidur kepenatan

“Jadi, saya minta pihak yang bertanggun­g jawab seharusnya tidak terlepas pandang. Satu kerugian selepas berlatih selama lima tahun dan bukan sahaja tidak dapat menjadi atlet tapi nasib kami terabai,” katanya.

Bagaimanap­un, Din mengakui setiap pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk maju dalam bidang sukan atau meletakkan fokus terhadap pelajaran.

“Dalam soal pelajaran, ia terserah pada pilihan masing-masing. Bagi saya, saya sentiasa membahagik­an masa antara pelajaran dan juga latihan.

“Saya menumpukan perhatian dalam kelas dan ketika latihan. Saya berikan fokus sepenuhnya kepada kedua-duanya.

“Sekurang-kurangnya jika saya gagal menjadi atlet, keputusan akademik masih dapat membantu untuk menyambung pelajaran ke bidang bersesuaia­n,” katanya.

Seorang lagi penuntut SSM mengakui sesi latihan pada sebelah pagi yang diharungi menjadi punca mereka kehilangan fokus apabila memasuki kelas akibat terlalu penat dan adakalanya tertidur.

“Tipulah kalau saya cakap tiada pelajar yang tertidur dalam kelas. Saya sendiri pernah terlelap kerana begitu penat selesai menjalani latihan.

“Namun kebanyakan bergantung kepada jenis sukan. Jika sukan dengan latihan berat seperti bola sepak atau hoki, memang ratarata kami kepenatan dan tertidur dalam kelas,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia