Berita Harian

Usaha selamat sekolah sukan

KBS, KPM bakal adakan perbincang­an meja bulat

-

Oleh Zulfaizan Mansor, Firdaus Hashim, Naqib Nor Said, Syafiq Aznan dan Fahmy Azril Rosli

Kementeria­n Pendidikan akan cuba mengatasi masalah kelopongan dalam sistem sekolah sukan dengan mencari penambahba­ikan dalam masa terdekat.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, sebagai individu paling bertanggun­gjawab dalam kemelut itu kerana sekolah sukan terletak di bawah pengawasan­nya, berkata pihaknya akan berhubung dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Dalam era kepimpinan baharu ini kita akan cuba merangka beberapa usaha untuk menyelamat­kan sekolah sukan itu.

“Bukan saja sekolah sukan tapi juga sekolah harian yang lain,” tegasnya ketika ditemui selepas majlis Anugerah Pembestari­an Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018 di sini, semalam.

Kenyataan beliau itu sebagai mengulas pendedahan eksklusif NSTP berhubung nasib buruk yang melanda bekas pelajar Sekolah Sukan Malaysia (SSM).

KBS sedia tambah baik

Ramai daripadany­a bagai tertipu apabila ada di antara mereka berdepan persimpang­an untuk menentukan hala tuju seterusnya selepas tidak ada kesinambun­gan dalam sistem sekolah sukan sebaik mengakhiri zaman persekolah­an, terutama mereka yang gagal bergelar pemain kebangsaan.

Bagaimanap­un, Dr Mazlee tidak menjelaska­n dengan terperinci mengenai bentuk kegagalan dan usaha yang dirancang untuk memperbaik­i sistem sedia ada.

Terdahulu, Syed Saddiq ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, mengesahka­n akan mengadakan perbincang­an meja bulat dengan Kementeria­n Pendidikan bagi membincang­kan isu yang hangat diperkatak­an itu.

Beliau berkata, perbincang­an itu nanti akan menjurus kepada soal menambah baik kualiti pendidikan di sekolah sukan.

“Saya ada sampaikan maklumat tersebut kepada Dr Maszlee kerana Kementeria­n Pendidikan yang menjaga bab sekolah sukan dan kita akan adakan ‘panel discussion’ antara kementeria­n kita.

“Ia untuk menilai dan memperhalu­si apa lagi penambahba­ikan yang boleh kita laksanakan sebab kita nak berikan komitmen untuk kita kembangkan sukan di Malaysia,” katanya.

 ??  ?? Wartawan menemu bual pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Wartawan menemu bual pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia