Berita Harian

Ken Shellito tanggung 2 penyakit

- Oleh Fardy Bungga

Kota Kinabalu: Bekas jurulatih skuad bola sepak Sabah, Ken Shellito, 78 (gambar), dimasukkan ke Hospital Queen Elizebeth (HQE), di sini, pagi semalam selepas mengalami masalah paru-paru dan jangkitan buah pinggang.

Ken atau nama sebenarnya Kenneth John Shellito yang berasal dari East Ham, London, dikatakan mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu akibat faktor usia.

Bekas pemain Chelsea dan England era 1960-an itu dimasukkan ke wad pada jam 9 pagi semalam, ketika temujanji rawatan susulan di HQE.

Isterinya, Jeany Shellito, berkata tahap kesihatan suaminya itu semakin merosot sejak Mei lalu dan sudah beberapa kali dirawat di beberapa buah hospital di ibu negeri ini untuk mendapatka­n rawatan.

Katanya, doktor yang merawat Ken memaklumka­n, suaminya terpaksa menjalani rawatan dialisis selepas mengesan jangkitan pada buah pinggangny­a.

Latih remaja

“Dia memang mengalami masalah paruparu tetapi doktor memberitah­u semalam terdapat jangkitan pada buah pinggangny­a.

“Sebelum ini dia dimasukkan ke wad akibat masalah paru-paru dan jantung,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Ken yang mendapat taraf penduduk tetap di negara ini pernah menjadi pengurus Chelsea dan Cambridge United (New Zealand) sebelum berhijrah ke negara ini untuk melatih pasukan Kuala Lumpur, Perak dan Sabah.

Sejak beberapa tahun lalu, beliau mengendali­kan Chelsea Soccer School di Penampang untuk melatih remaja dan kanak-kanak mengenai asas bola sepak, sebelum ditukarkan nama kepada Ken Shellito Soccer School.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia