Berita Harian

Sabah optimis walaupun akui misi sukar di Likas

- Oleh Ryan Stanley

Kota kinabalu: Walaupun menganggap ia misi sukar, namun pengendali Sabah, Jelius Ating tetap mahu pemainnya berjuang habis-habisan pada baki 90 minit separuh akhir kedua Piala Malaysia bertemu Perak di Stadium Likas, di sini, Ahad ini.

Pada masa sama, beliau mengakui kekalahan besar 0-5 kepada skuad The Bos Gaurus dalam aksi pertama di Stadium Perak, Ipoh, tempoh hari, masih menjadi mimpi ngeri buat pasukannya.

Namun, beliau berharap pemainnya bijak dan mampu mengatasi situasi itu, seterusnya mempamerka­n Pengendali Sabah permainan yang lebih baik di hadapan penyokong sendiri.

“Kekalahan itu memang sukar dilupakan, tetapi saya tegaskan kepada pemain bahawa mereka masih mempunyai 90 minit untuk membuktika­n kemampuan mereka.

“Saya masih percaya dengan ungkapan bola itu bulat dan dalam bola sepak apa pun boleh berlaku... pasukan gergasi seperti Brazil pun boleh kalah 7-1 di gelanggang sendiri.

“Begitu juga dengan kelab besar yang pernah mengalami nasib sama tetapi bangkit semula selepas itu,” katanya semalam.

Ada 90 minit lagi

Jelius berkata, beliau bukan mahu memberi alasan dengan memberi contoh situasi pasukan serta kelab dari luar negara, tetapi ingin pemainnya mengambil semangat seperti itu untuk menghadapi Perak nanti.

“Alang-alang kita sudah sampai ke tahap ini (separuh akhir Piala Malaysia), jadi saya mahu pemain menamatkan­nya dengan prestasi baik kerana kita masih ada 90 minit walaupun ketinggala­n lima gol.

“Sekarang ini terpulang kepada pemain untuk membuktika­nnya, kalau pun kita tidak dapat pergi lebih jauh (final), sekurang-kurangnya pemain mempamekan aksi terbaik mereka, lebih-lebih di hadapan penyokong sendiri,” katanya.

Tambah Jelius, mereka kini menjalani latihan seperti biasa selain mengadakan perlawanan persahabat­an dengan pasukan tempatan, Tawau yang juga juara Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) 2017-2018, Sabtu lalu.

Perlawanan di Kompleks Sukan Tawau itu menyaksika­n Sabah menang besar 9-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia