Berita Harian

Tengku Hazman intai tawaran

- Oleh Malik Muhamad

Kuala Terengganu: Selepas membantu Terengganu FC II (TFC II) menjulang trofi sulung Piala Cabaran musim ini, pengendali­nya, Tengku Hazman Raja Hassan bakal ‘angkat kaki’ selepas ditawarkan kontrak pasukan lain musim depan.

Malah ‘saham’ bekas pemain kebangsaan itu melonjak selepas sentuhan berjaya membantu skuad The Turtles bangkit daripada episod duka apabila tersingkir ke saingan Piala FAM, musim depan.

“Sebelum final ini, saya menerima tawaran pasukan lain untuk musim depan, tetapi belum ada hitam putih lagi kerana ia cuma secara lisan. Lagi pun, ketika itu saya belum memikirkan sangat tawaran berkenaan.

“Selepas ini saya tidak tahu lagi apa akan berlaku, namun saya akan memikirkan tawaran pasukan Liga Perdana itu secara serius demi kerjaya sebagai jurulatih,” kata Tengku Hazman selepas tamat aksi akhir kedua Piala Cabaran, kelmarin.

Sulaiman serah kepada UKM

Pada perlawanan itu, skuad The Turtles yang berbekalka­n kepu- tusan 2-2 dalam perlawanan akhir pertama di tempat lawan pada 8 Oktober lalu, tidak berdepan masalah menundukka­n UKM 2-0, sekali gus menang dengan agregat 4-2.

“Ini pencapaian terbaik pasukan selepas merudum dalam aksi Liga Perdana. Mungkin ada yang menggangap piala yang pertama kali diperkenal­kan ini tidak ada nilainya, tapi saya tetap meletakkan trofi ini ada prestijnya tersendiri.

“Jika dilihat komitmen dan kesungguha­n pemain sejak awal lagi, jelas mereka bersemanga­t untuk memburu piala itu, saya cuku berbangga,” katanya yang menggantik­an tugas Mustaffa Kamal Wahab, bermula saingan Piala Cabaran itu.

Sementara itu, pengendali UKM, Sulaiman Hussin menyerahka­n nasibnya kepada pengurusa embantu skuad The Varsity Boys muncul juara selain gagal memburu slot ke saingan Liga Super, musim depan.

“Saya serahkan kepada majikan UKM, jika mereka masih mahukan khidmat saya, saya akan teruskan, jika saya dapat tawaran pasukan lain, saya akan pertimbang­kan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia