Berita Harian

Ajal bersaudara melintas jalan

-

Marudi: Malang nasib dua kanakkanak perempuan apabila mereka terbunuh dalam kemalangan di Jalan Bakong berhampira­n Sekolah Kebangsaan(sk) Long Lapok, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 10.35 pagi itu, Carin Tigan, 10 dan anak saudaranya, Monica Ubong, 3, maut dirempuh sebuah pikap jenis Isuzu Dmax ketika melintas jalan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak, Superinten­dan Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua mangsa disahkan maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa sedang melintas jalan sebelum mereka dirempuh kenderaan itu yang dari arah Bakong ke Lapok.

Mangsa tercampak

“Rempuhan itu menyebabka­n kedua-dua mangsa tercampak dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di klinik Beluru.

“Pemandu kenderaan terbabit iaitu lelaki berusia 28 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa kemudianny­a dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mereka.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Rempuhan itu menyebabka­n kedua-dua mangsa tercampak dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di klinik Beluru” Alexson Naga Chabu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak

 ?? [ FOTO IHSAN PDRM ] ?? Orang ramai melihat kemalangan berhampira­n Sekolah Kebangsaan Long Lapok, Marudi.
[ FOTO IHSAN PDRM ] Orang ramai melihat kemalangan berhampira­n Sekolah Kebangsaan Long Lapok, Marudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia