Berita Harian

Johnny Panglima baharu Briged Ke-31 RS

Pelantikan berikutan persaraan Fadzil yang terajui pasukan sejak 2017

- Oleh Harun Yahya

Briged Ke-31, Rejimen Sempadan (RS), briged infantri termuda dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) menerima Panglima baharu berikutan persaraan Mejar Jeneral Datuk Fadzil Tajuddin.

Pasukan berkenaan yang bertanggun­gjawab terhadap keselamata­n sempadan Sarawak itu kini dipimpin Brigedier Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng, yang mengambil alih tugas daripada Fadzil, semalam.

Fadzil yang menerajui Briged Ke31 RS sejak 4 Januari 2017 berkata, dalam tempoh singkat itu, tidak banyak perkara yang dapat dilaksanak­annya dalam usaha untuk meningkatk­an keupayaan briged berkenaan, sama ada penambahan anggota, logistik mahupun kebajikan anggota dan keluarga.

“Namun, saya bangga kerana semua warga Briged Ke31 masih bersabar dan meneruskan tugasan harian dipertangg­ungjawabka­n seperti biasa tanpa melakukan perkara yang memudaratk­an disiplin serta menjaga imej pasukan,” katanya.

Majlis serah terima tugas

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Panglima Briged Ke31 antara beliau dan Johnny yang disaksikan oleh Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Toh Choon Siang di Padang Kawad Kem Junaco Park di sini, semalam.

Perbarisan serah terima tugas Panglima Briged Ke31 itu disertai seramai 21 pegawai dan 220 anggota lainlain pangkat.

Selain itu, Fadzil turut mengingatk­an agar anggota Briged Ke31 Infantri menambah baik tahap kemahiran dan penguasaan ilmu asas ketenteraa­n.

“Peningkata­n kemahiran seseorang anggota tentera dalam profesion ketenteraa­n adalah dengan cara latihan yang berterusan. Bukan setakat teori tetapi juga latihan praktikal, sebab itulah saya mengambil berat Eksesais Bamboo yang kita laksanakan.

“Latihan itu dapat memperting­katkan kemahiran kawalan dan pemerintah­an, ulang kaji kepakaran hutan dan kesatuan.

“Tidak ada gunanya kita miliki aset canggih tetapi kita gagal memanfaatk­annya dan berilah tumpuan agar setiap dari kita benarbenar mahir dengan tugas kita,” katanya.

 ?? [ FOTO HARUN YAHYA ] ?? Johnny (kanan) mengambil alih tugas daripada Fadzil pada Majlis Serah Terima Tugas Panglima Briged Ke-31 dan Penyerahan Tongkat Kuasa di Padang Kawas Kem Junaco Park, Sibu.
[ FOTO HARUN YAHYA ] Johnny (kanan) mengambil alih tugas daripada Fadzil pada Majlis Serah Terima Tugas Panglima Briged Ke-31 dan Penyerahan Tongkat Kuasa di Padang Kawas Kem Junaco Park, Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia