Berita Harian

Pertanding­an bot laju di Bintangor 27 Oktober

-

Bintangor: Deruman enjin bot berkuasa tinggi kembali menggegark­an Sungai Rejang di sini, apabila pertanding­an bot laju bakal dipertandi­ngkan pada Pesta Limau 2018 yang akan diadakan penghujung bulan ini.

Perlumbaan bot berkuasa tinggi yang akan diadakan pada 27 dan 28 Oktober itu turut menarik peserta antarabang­sa untuk mempamer kehebatan jentera serta kemahiran pemanduan masingmasi­ng.

Pengerusi jawatankua­sa penganjur perlumbaan itu, Halmi Morsili, berkata acara anjuran Majlis Daerah Meradong Julau (MDMJ) itu dijangka menarik pengunjung luar negara untuk singgah di Bintangor.

Justeru, katanya, pihaknya juga yakin acara berkenaan bakal menjadikan Bintangor sebagai lokasi tumpuan lebih 20,000 pengunjung, selain menyasarka­n penyertaan peserta bot laju dari Indonesia, Brunei, Semenanjun­g dan Sabah, selain peserta tempatan.

Perkenal lokasi pelanconga­n

“Acara itu menjadi landasan kepada kita untuk memperkena­lkan lokasi pelanconga­n dan kebudayaan unik yang ada di daerah ini.

“Sehubungan itu, kami sedang giat melaksanak­an promosi bagi menarik penyertaan dari dalam dan luar Sarawak,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, acara yang terbahagi kepada 10 kategori itu bukanlah asing di Bintangor, malah sudah mendapat perhatian peminat sukan air sejak diperkenal­kan beberapa tahun lalu.

Perlumbaan bot laju, katanya, mempunyai peminatnya yang tersendiri, malah ada yang sanggup datang dari jauh demi memenuhi kepuasan menyertain­ya.

“Penganjura­n acara ini juga dilihat bersesuaia­n berdasarka­n maklum balas positif yang diterima dan kita percaya dengan adanya program seperti ini, generasi muda boleh membabitka­n diri dalam aktiviti yang bermanfaat,” katanya.

 ?? [ FOTO KHALID LATIP ] ?? Halmi menunjukka­n papan iklan acara perlumbaan bot sempena Pesta Limau 2018, di tebingan sungai Bintangor.
[ FOTO KHALID LATIP ] Halmi menunjukka­n papan iklan acara perlumbaan bot sempena Pesta Limau 2018, di tebingan sungai Bintangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia