Berita Harian

Mayat ditemui dalam bangunan sedang dibina

-

Penampang: Misteri bau busuk di sebuah bangunan yang dalam pembinaan di Towering, Jalan Penampang di sini, semalam, terungkai selepas satu mayat ditemui di sebuah lubang di bangunan berkenaan.

Mayat dikenali sebagai Jamal, 30-an, itu ditemui terbaring dalam lubang berair berkenaan, kira-kira jam 12 tengah hari.

Seorang pekerja dikenali sebagai Hassan, 33, berkata ketika kejadian dia bersama beberapa rakannya baru saja tiba di kawasan bangunan itu untuk menyambung kerja yang tertangguh.

“Bila tiba dalam bangunan itu, saya dan rakan terhidu bau busuk. Kami kemudian memeriksa di kaw asan bangunan dan menemui mayat terbaring di dalam lubang itu.

“Kami kemudian memaklumka­n kepada majikan sebelum laporan polis dibuat,“katanya ketika ditemui NSTP.

Dalam pada itu, anak saudara mangsa, Alex, 30, berkata, dia mendapat tahu kejadian itu selepas dihubungi oleh pekerja di bangunan berkenaan.

“Saya kemudian bergegas ke lokasi dan mayat itu adalah bapa saudara saya. Kali terakhir saya menemui bapa saudara (mangsa) minggu lalu dan keadaannya baik saja.

“Saya terkejut apabila dimaklumka­n mengenai kejadian itu,“katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim ketika ditemui di lokasi kejadian, berkata pihaknya menjalanka­n siasatan berhubung kejadian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia