Berita Harian

Pemilik bot nelayan didenda RM10,000

-

Kota Kinabalu: Seorang tekong yang juga pemilik bot nelayan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Tertuduh, Abdul Kasme Hussin, 35, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas tuduhan membenarka­n dua pendatang asing tanpa izin untuk masuk dan berada di botnya di Perairan Kota Kinabalu, pada awal Jun lalu.

Abdul Kasme turut berdepan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaska­n denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat Hakim Azreena Azis selepas tertuduh mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63.

Mengikut pertuduhan, Abdul Kasme didakwa membenarka­n dua pendatang asing untuk masuk dan berada di botnya di Perairan Kota Kinabalu, pada 8 Jun lalu.

Tiada dokumen pengenalan diri

Mengikut fakta kes, pada 8 Jun lebih kurang jam 1 tengah hari, bertempat di atas sebuah bot berhampira­n Pulau Menggalum, Kota Kinabalu, pemeriksaa­n oleh pegawai Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menemui dua warga Filipina berada dan bekerja di atas bot berkenaan.

Siasatan mendapati dua awakawak yang berusia 28 dan 31 tahun itu adalah warga Filipina dan tiada dokumen pengenalan diri, berada di dalam bot terbabit.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Maritim Malaysia, Mohd Nasrul Md Nor, manakala tertuduh diwakili Peguam Dominic Chew.

Terdahulu, Dominic meminta hukuman diringanka­n kerana tertuduh mempunyai tiga anak kecil dan hanya bekerja sebagai nelayan untuk menyara hidup.

Beliau juga meminta agar bayaran untuk denda dilakukan secara ansuran. Bagaimanap­un, Mohd Nasrul meminta hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh.

Azreena kemudian membenarka­n denda dibayar secara ansuran sebanyak dua kali iaitu RM5,000 semalam, manakala bakinya RM5,000 lagi perlu dibayar pada 7 Disember ini.

 ?? [ FOTO IKHAIRULL AZRY BIDIN / BH ] ?? Abdul Kasme (tengah) bersama Dominic keluar di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, semalam.
[ FOTO IKHAIRULL AZRY BIDIN / BH ] Abdul Kasme (tengah) bersama Dominic keluar di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia