Berita Harian

RAFIZI DIRUJUK JAWATANKUA­SA DISIPLIN, PEMILIHAN PKR

Tindakan timbulkan ‘kekecohan’ rosakkan imej parti

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman Dziyaul Afnan Abdul Rahman

Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan dirujuk kepada Jawatankua­sa Disiplin dan Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) untuk disiasat berhubung dakwaannya pemilihan parti dipalit dengan politik wang.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu dicapai Biro Politik PKR dalam mesyuaratn­ya malam kelmarin.

“Kita dah ambil semua maklumat dan serahkan kepada JPP dan Jawatankua­sa Disiplin. Kita akan panggil beliau dan mereka akan siasat,” katanya kepada media di lobi Parlimen semalam.

Rafizi mendakwa berlaku politik wang secara berleluasa di enam negeri yang sudah mengadakan pemilihan parti.

Beliau yang merujuk pihak bertanggun­gjawab sebagai ‘sebelah sana’ mendakwa, suasana politik wang itu tidak pernah dilihat dalam PKR sebelum ini.

Rafizi turut mendakwa ada cabang PKR menerima sumbangan wang antara RM100,000 hingga RM200,000 untuk pemilihan parti selain ahli diberi RM100 untuk satu undi.

Gugat kerjasama PH Kangar,

Di Pengerusi PKR Perlis, Mohammad Faisol Abd Rahman, berkata tindakan Rafizi menimbulka­n ‘kekecohan’ ketika pemilihan parti yang sedang berlangsun­g di seluruh negara boleh merosakkan imej parti di mata rakyat.

Katanya, tuduhan Rafizi itu turut menggugat kerjasama yang terjalin antara PKR dan parti lain dalam Pakatan Harapan (PH).

“Dia seharusnya bersikap profesiona­l dalam menangani perkara ini (politik wang dalam pemilihan parti) dan tidak boleh bertindak melulu sekiranya benar apa yang didakwanya.

“Rafizi kena sedar kerana provokasi yang ditimbulka­n olehnya boleh memburukka­n hubungan antara PKR dan parti lain dalam PH kerana ia seperti menggambar­kan PKR adalah parti yang huru-hara dan tidak beradab,” katanya.

Jika betul pun (ketirisan), sepatutnya dia mengadu perkara ini kepada Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) bukannya dicanangka­n kepada umum melalui media.

 ??  ??
 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Anwar ketika hadir pada sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Anwar ketika hadir pada sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia