Berita Harian

RM99 BAYARAN TEMPAHAN ONLINE PROTON X70

PROTON buka tawaran selama tiga hari promosi platform baharu atas talian

- Oleh Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

Proton Holdings Bhd (PROTON) menawarkan bayaran tempahan hanya RM99 bagi model kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 selama tiga hari bermula semalam hingga esok, sempena mempromosi­kan penggunaan platform baharu tempahan atas talian yang ditawarkan kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid Musa, berkata, mulai semalam pelanggan boleh mengakses platform tempahan itu melalui laman web korporat PROTON.

“Sempena promosi tiga hari ini, pelanggan yang menempah Proton X70 secara atas talian hanya perlu membayar tempahan sebanyak RM99 saja,” katanya dalam kenyataan di Subang Jaya, semalam.

Abdul Rashid berkata, selepas sesi pratonton bagi ciri sambungan dan teknologin­ya kepada media pada 11 Oktober lalu, Proton X70 menetapkan satu lagi penanda aras dengan menjadi model Proton pertama yang boleh ditempah secara atas talian.

Tempahan atas talian

“Sekarang adalah masa tepat untuk menawarkan kemudahan tempahan atas talian kepada pelanggan selepas mengkaji pilihan pengguna dan trend pasaran.

“Kami juga akan memberi ganjaran kepada pelanggan yang melakukan tempahan sebelum pelancaran Proton X70 ini tidak kira sama ada mereka menempah melalui platform atas talian atau di cawangan,” katanya.

Sempena pelancaran portal tempahan atas talian ini, PROTON juga akan berkongsi maklumat lengkap mengenai model Proton X70 di laman webnya termasuk spesifikas­i untuk setiap varian.

Maklumat ini akan membantu pelanggan membuat keputusan terutama berkaitan dengan pilihan variasi dan warna, sama seperti mereka berkunjung ke bilik pameran dan menyaksika­n aktiviti penjualan sebenar.

Sementara itu, pelanggan yang ingin menempah model SUV itu perlu memberikan butiran peribadi mereka, model dan warna pilihan serta bandar dan negeri di mana mereka ingin mengambil kereta mereka.

Selepas bayaran tempahan dilakukan secara dalam talian, resit yang dihasilkan sistem akan dihantar kepada emel pelanggan.

PROTON kemudian akan melantik penasihat jualan bagi menguruska­n pesanan dengan menghubung­i pelanggan dalam tempoh tujuh hari bagi memproses tempahan.

Untuk tempahan yang dibuat di mana-mana cawangan PROTON, bayaran penuh akan dikembalik­an sekiranya pelanggan mengubah fikiran.

Sementara itu, sesi pratonton pelanggan Proton X70 turut menyeberan­gi Laut China Selatan menuju ke Sabah dan Sarawak yang diadakan di Kuching pada 15 hingga 16 Oktober lalu.

Selepas sesi pratonton bersama media yang kedua, sesi ini menumpukan pada fungsi sambungan dan teknologi yang ditawarkan oleh SUV berkenaan sambil menjelaska elemen gaya yang digunakan pada bahagian luaran dan dalaman model itu.

Sesi pratonton akan diteruskan di Kuantan dan Ipoh, sebelum akhir sekali di Kota Kinabalu.

 ??  ??
 ??  ?? Model X70 boleh ditempah atas talian.
Model X70 boleh ditempah atas talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia