Berita Harian

HASIL SIASATAN AKAN TENTUKAN PROSEDUR OPERASI DI PUCHONG

Komander insiden buat penilaian sebelum prarancang penyelamat­an

- Oleh Hasbi Sidek cnew@nstp.com.my Kuala Lumpur

Secara lazimnya, ada dua SOP utama, iaitu surface water rescue atau penyelamat­an di permukaan air, manakala kedua dive rescue atau penyelaman dalam air, namun SOP khas lain juga ada bagi situasi tertentu mengikut keadaan air” Amer Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JBPM

Selain menggunaka­n prosedur operasi standard (SOP) umum bagi operasi menyelamat di permukaan atau dalam air, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut mempunyai SOP khas lain membabitka­n penilaian keadaan air dan risikonya.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JBPM, Datuk Amer Yusof, berkata SOP umum dan khas itu perlu dipatuhi Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) apabila melaksanak­an operasi.

Beliau berkata, penyelia operasi atau komander insiden (IC) akan membuat penilaian terlebih dahulu, selain melakukan prarancang bagi sesuatu operasi penyelamat­an.

Ambil kira pelbagai sudut

“Melalui prarancang ini, IC akan membuat penilaian mengenai risiko, kajian kedalaman air dan teknik penyelamat­an yang sesuai. Semua sudut akan diambil kira sebelum menentukan teknik yang sesuai.

“Secara lazimnya, ada dua SOP utama, iaitu surface water

rescue atau penyelamat­an di permukaan air, manakala kedua dive rescue atau penyelaman dalam air, namun SOP khas lain juga ada bagi situasi tertentu mengikut keadaan air,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas kejadian kematian enam anggota unit PPDA JBPM ketika menyelamat­kan seorang remaja lemas di lombong Putra Perdana, Puchong, awal bulan lalu, pasukan sama pernah melakukan penyelamat­an di lokasi hampir sama pada tahun ini.

Unit terlatih

“Ia bukan hanya SOP, ia berkait dengan kajian risiko dan prarancang ketika operasi. Namun ingin saya nyatakan unit PPDA ini terlatih, malah mereka menjalani latihan bagi pelbagai risiko serta situasi dan mereka adalah profesiona­l.

“Sama ada mereka mengikut SOP atau tidak, ia bergantung kepada hasil siasatan oleh jawatankua­sa siasatan yang akan ditubuhkan”, katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan memperhalu­si semula SOP yang sedia ada dan jika terdapat sebarang kelemahan, JBPM akan melakukan penambahba­ikan sekiranya perlu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia