Berita Harian

MEDIA PRIMA UMUM TRANSFORMA­SI SEGMEN RADIO PENYIARAN

Ripple tawar penyelesai­an lebih bersepadu kepada pengiklan

- Oleh Farihad Shalla Mahmud dan Nabil Basaruddin

Media Prima Bhd, kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia mengumumka­n transforma­si segmen radio penyiaran menjadi syarikat berfokus kepada audiens, dikenali sebagai Ripple yang akan memfokuska­n kepada digital, penyiaran dan dagangan.

Transforma­si itu juga bakal menyaksika­n Ripple bakal meneroka lebih banyak peluang melalui pelancaran tujuh aset digital baharu seperti Dhia, Donna, Lunaria, The Laki, Likely, Chapters dan Wakeke yang boleh diakses melalui laman web serta laman sosial tersendiri.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid, berkata pelancaran Ripple adalah selari dengan pelan transforma­si perniagaan Media Prima untuk meningkatk­an pendapatan dari segmen digital dan pengguna.

Beliau berkata, Ripple menyasarka­n untuk membuka lebih peluang kepada audiens secara kreatif dengan memanfaatk­an data untuk interaksi yang lebih peribadi dan menjadi sebahagian daripada aktiviti digital harian.

“Transforma­si segmen radio ini bertepatan dengan apa yang kami cuba lakukan di Media Prima untuk menjadi syarikat kandungan utama digital dan dagang di Malaysia.

“Hala tuju baharu ini akan memberikan penyelesai­an yang lebih bersepadu kepada pengiklan yang ingin berhubung dengan audiens di pelbagai platform berbeza.

“Seterusnya, kami terus membuka nilai aset sedia ada dengan memfokuska­n strategi inovasi digital dan dagang dalam kumpulan yang mana ia akan memperluas inisiatif e-dagang kami, Superdeals bagi tawaran kepada komuniti digital,” katanya pada majlis pelancaran Ripple di sini, semalam.

Yang hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Ripple, Seelan Paul dan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Seri Abdul Jalil Hamid.

Mampu lonjak perolehan

Selain tujuh jenama baharu itu, Ripple mempunyai empat siaran radio Fly FM, Hot FM, One FM dan Kool FM serta audio podcast Ais Kacang dan Superdeals.

Kamal berkata, optimis dengan pelan transforma­si yang dilaksanak­an, Media Prima yakin sumbangan perolehan segmen digital mampu meningkat dengan pertumbuha­n dua angka bagi tahun kewangan 2018.

Beliau berharap usaha yang dilaksanak­an pelbagai platform sama ada Ripple, Tonton, Superdeals, NSTP dan rangkaian televisyen dapat menjadi pemangkin utama dalam mencapai perolehan digital yang memberangs­angkan.

Pendapatan segmen digital Media Prima meningkat kepada RM44.8 juta untuk enam bulan terakhir pada 30 Jun 2018 dipacu pendapatan pengiklana­n digital lebih tinggi di semua platform.

Malah, Media Prima kini menduduki tempat ketiga di Malaysia dari segi capaian digital dan menyasar peningkata­n lapan peratus kepada sumbangan pendapatan digital menjelang akhir tahun berbanding tiga peratus tahun lalu.

Ripple menyasarka­n untuk membuka lebih peluang kepada audiens secara kreatif dengan memanfaatk­an data untuk interaksi yang lebih peribadi dan menjadi sebahagian daripada aktiviti digital harian” Kamal Khalid, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] ?? Kamal bersama Seelan pada majlis pelancaran Ripple di Petaling Jaya, semalam.
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] Kamal bersama Seelan pada majlis pelancaran Ripple di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia