Berita Harian

Rokok seludup RM8 juta dirampas

23 lelaki ditahan dalam serbuan sebuah kilang di Mersing

- Oleh Ibrahim Isa

Polis merampas rokok seludup bernilai RM8 juta dalam satu serbuan di sebuah kilang di Mersing, Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata serbuan dilakukan susulan penahanan 23 lelaki termasuk dalang sindiket penyeludup­an rokok dan dua anggota polis di daerah sama, tiga hari sebelumnya.

Beliau berkata, hasil siasatan terhadap lelaki yang juga dalang sindiket berkenaan membawa pasukan polis ke kilang itu pada jam 6 petang, Sabtu lalu sebelum pemeriksaa­n di bangunan membawa kepada penemuan 1,606 kotak rokok dengan anggaran cukai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) RM8 juta.

“Ia menjadikan nilai keseluruha­n rampasan termasuk dalam kes pada 10 Oktober lalu berjumlah RM14 juta dan nilai rampasan kereta berjumlah RM3 juta.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan boleh didenda 20 kali ganda nilai rampasan dan penjara maksimum tiga tahun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.

4 lokasi seludup rokok

Beliau berkata hasil siasatan mengenal pasti empat lokasi rokok seludup dari negara jiran di sepanjang Mersing dan Kota Tinggi.

“Kerjasama (antara agensi) dilakukan bagi memantau kawasan penyeludup­an rokok di sepanjang pantai timur Johor terutama di lokasi rokok diseludup berkenaan.

Beliau berkata selain pertukaran maklumat dengan pelbagai agensi kerajaan, polis turut bekerjasam­a dengan Polis Republik Indonesia (POLRI).

“Selain tindakan mengikut Akta Kastam 1967, kami akan menggunaka­n Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) ke atas dalang dan ketua sindiket yang ditahan baru-baru ini,” katanya.

Katanya, sepanjang tahun ini, Polis Johor menahan seramai 67 individu terbabit penyeludup­an rokok dan arak di seluruh negeri ini dengan anggaran rampasan bernilai RM3 juta,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Mohd Khalil Kader (tengah) bersama rokok seludup yang dirampas polis pada sidang media di IPK Johor, Johor Bahru, semalam.
[FOTO BERNAMA] Mohd Khalil Kader (tengah) bersama rokok seludup yang dirampas polis pada sidang media di IPK Johor, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia