Berita Harian

Laporan separuh penggal dibentang

PM dijangka bentang dokumen kajian hala tuju ekonomi negara di Parlimen hari ini

- Oleh Nurhayati Abllah dan Zarina Zakaria

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan membentang­kan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE-11) di Parlimen, hari ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata dokumen kajian itu dijadual dibentangk­an oleh Dr Mahathir pada jam 4 petang.

Beliau berkata, kajian itu membincang­kan prestasi pelaksanaa­n untuk tempoh dua tahun lalu (2016 hingga 2017) dan hala tuju serta penekanan baharu pembanguna­n sosio ekonomi Malaysia, bermula tahun ini sehingga 2020 di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

“Bagi maksud itu, Unit Perancanga­n Ekonomi (EPU) meneliti manifesto Pakatan Harapan (PH) dan Buku Harapan untuk menyelaras­kan inisiatif serta strategi sejajar dengan janji PH untuk menangani cabaran semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat tertutup Kajian Separuh Penggal RMKE-11 bersama agensi media di Parlimen, semalam.

Katanya, RMKE-11 adalah satu rancangan Malaysia bagi jangka panjang bermula 2016 hingga 2020 dan kini, Malaysia berada pada fasa terakhir untuk mencapai status negara maju dan inklusif, selaras dengan Wawasan 2020.

Pembanguna­n infrastruk­tur

Pelan perancanga­n dijangka akan mengimbang­i objektif pertumbuha­n ekonomi dan inisiatif pengukuhan fiskal bagi memastikan pembanguna­n yang berterusan serta inklusif tanpa merencatka­n prospek pertumbuha­n.

Ia juga akan menumpukan kepada pembanguna­n infrastruk­tur untuk kemudahan rakyat selari usaha kerajaan untuk meningkatk­an kesejahter­aan rakyat.

RMKE-11 adalah satu rancangan Malaysia bermula 2016 hingga 2020 dan kini, Malaysia berada pada fasa terakhir untuk mencapai status negara maju dan inklusif, selaras dengan Wawasan 2020” Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia