Berita Harian

Majikan boleh dipenjara 5 tahun, denda RM50,000

-

Kuala Lumpur: Majikan yang menggaji kanak-kanak di bawah usia 15 tahun berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun mengikut Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2018.

Hukuman itu antara pindaan Rang Undang-undang Kanak-kanak dan Orang Muda 1966 atau Akta 350 yang diluluskan sebulat suara selepas dibahas 19 ahli Parlimen dan dibacakan kali ketiga di Dewan Rakyat, semalam.

Selain hukuman penjara, denda juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM5,000 kepada tidak melebihi RM50,000 dan jika diulangi, boleh didenda tidak melebihi RM100,000.

Lindungi kanak-kanak

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n, berkata akta itu dipinda bagi melindungi kanak-kanak dan orang muda daripada dieksploit­asi dan menjadi mangsa diskrimina­si pihak tertentu.

“Hukuman penjara dinaikkan daripada tidak melebihi setahun kepada tidak melebihi dua tahun, manakala bagi kesalahan berulang, hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun kepada tidak melebihi lima tahun.

“Bagaimanap­un Akta 350 hanya terpakai di Semenanjun­g dan dikuatkuas­akan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjun­g.

“Bagi Sabah dan Sarawak, peruntukan seumpama Akta 350 ini diperuntuk­kan dalam Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) yang masing-masing dikuatkuas­akan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawal,” katanya.

Kulasegara­n berkata, pindaan akta itu menetapkan kanak-kanak dan orang muda tidak dibenarkan melakukan kerja berbahaya seperti mengendali jentera selain dilindungi daripada terdedah kepada bahan kimia berbahaya, berdebu, suhu melampau dan bunyi bising.

Pindaan itu turut menyatakan kanak-kanak berusia 15 tahun tetapi di bawah 18 tahun dikategori­kan sebagai orang muda.

“Majikan juga tidak dibenarkan menggaji kanak-kanak dan orang muda untuk menjual alkohol, pekerjaan berkaitan perjudian dan loteri, perkhidmat­an urut dan refleksolo­gi, pelacuran atau mengambil mereka sebagai pengiring sosial,” katanya.

 ??  ?? M Kulasegara­n
M Kulasegara­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia