Berita Harian

Kedudukan Presiden UMNO bakal dibincang

-

Kuala Lumpur: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan bermesyuar­at bagi membincang­kan kedudukan Presidenny­a, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mungkin didakwa oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.

Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata setakat ini MKT tidak mendapat maklumat jelas dan tepat mengenai nasib bakal menimpa Ahmad Zahid.

“Kita perlu tunggu dan lihat, apa yang berlaku dalam beberapa hari akan datang. Kita menunggu pengesahan daripada Ahmad Zahid dan SPRM.

Cadang mesyuarat MKT

“Selepas itu, baru kita tentukan memanggil mesyuarat MKT untuk membincang­kan kedudukan Presiden,” katanya, semalam.

Ahli MKT, Datuk Lokman Noor Adam dalam akaun Facebookny­a semalam, mendakwa Ahmad Zahid menerima notis untuk hadir ke SPRM hari ini dan mungkin didakwa esok.

SPRM memanggil Ahmad Zahid empat kali bagi membantu siasatan berhubung penyelewen­gan dana sebuah yayasan membabitka­n nilai mencecah RM800,000.

Pada Julai lalu, Ahmad Zahid dipanggil memberi keterangan berkaitan siasatan penyelewen­gan dana Yayasan Akal Budi yang dikaitkan dengan beliau untuk digunakan menjelaska­n hutang kad kredit milik beliau dan isterinya.

Bagaimanap­un, Ahmad Zahid menjelaska­n tidak ada sebarang salah laku dalam kes itu, kerana pekerjanya melakukan kesilapan menggunaka­n wang yayasan untuk membayar kad kredit.

SPRM turut memanggiln­ya sebelum ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan bertemu dengan kerabat Arab Saudi, yang dikatakan memasukkan wang RM2.6 bilion ke akaun bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahmad Zahid berkata, sudah menjelaska­n perkara itu kepada SPRM dan bayaran balik ke akaun yayasan sudah dibuat sepenuhnya pada 2016.

 ??  ?? Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia