Berita Harian

Kementeria­n tak rancang henti bas perantara

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pengangkut­an tiada rancangan untuk menggantik­an perkhidmat­an bas perantara dengan perkhidmat­an e-panggil di stesen MRT.

Menterinya, Anthony Loke, menyifatka­n pengumuman oleh setiausaha politik Menteri Kewangan Tony Pua mengenai perkara itu adalah sebagai pandangan peribadi beliau semata-mata.

“Bagi pihak kementeria­n, kami tiada rancangan untuk menghentik­an perkhidmat­an bas perantara itu buat masa ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.

Loke berkata kementeria­n sedang mengkaji untuk mengintegr­asikan perkhidmat­an itu dengan perkhidmat­an bas yang lain dan berharap dapat mengeluark­an pas bulanan bagi perkhidmat­an itu secepat mungkin.

Dilaporkan pengusaha syarikat teksi tidak berpuas hati dengan pengumuman Pua yang mengatakan kerajaan sedang berunding dengan syarikat e-panggil Grab untuk menyediaka­n perkhidmat­an kepada pengguna MRT.

Terdahulu, lebih 100 pemandu teksi berkumpul di Kementeria­n Kewangan di Putrajaya semalam bagi membantah rancangan penggantia­n perkhidmat­an bas perantara itu.

Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahr­in Ismail mempersoal­kan pemilihan Grab berbanding menjalinka­n kerjasama dengan 45 syarikat teksi di Malaysia.

“Sekiranya hanya Grab diberikan, apa akan jadi dengan nasib pemandu teksi,” katanya yang juga penganjur perhimpuna­n itu selepas menyerahka­n memo kepada wakil Kementeria­n Kewangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia