Berita Harian

Anggota JBPM jalan tugas ikut tatacara

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menegaskan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bertindak menjalanka­n tugas mengikut tatacara penyelamat­an dalam air sedia ada.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, membuat kenyataan susulan daripada laporan BH bertajuk “Ops Menyelamat di Puchong: Tiada SOP” semalam.

Beliau berkata, tragedi itu adalah suatu yang tidak diduga dan pihaknya mendapati terdapat keperluan mendesak supaya prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dikaji semula.

Elak tragedi berulang

“KPKT sudah menubuhkan satu jawatankua­sa untuk menyiasat, mencari punca dan memberi cadangan demi menambah baik SOP sedia ada supaya tragedi itu tidak berulang lagi.

“Penambah baik terhadap SOP ini perlu selari dengan senario semasa, termasuk mengenal pasti teknik lebih sesuai dalam pelbagai keadaan demi melancarka­n operasi menyelamat.

Kurangkan risiko

“Pada masa sama, ia dapat mengurangk­an risiko dihadapi anggota bomba yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan kepada NSTP, semalam.

Pada kejadian 3 Oktober lalu, enam anggota unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) lemas ketika operasi mencari remaja lelaki yang terjatuh dalam lombong di Puchong dan mendapat perhatian serta memberi kesan mendalam kepada seluruh masyarakat umum.

KPKT sudah menubuhkan satu jawatankua­sa untuk menyiasat, mencari punca dan memberi cadangan demi menambah baik SOP sedia ada supaya tragedi itu tidak berulang lagi” Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

 ??  ?? Keratan akhbar BH 14 Oktober lalu.
Keratan akhbar BH 14 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia