Berita Harian

Pemilihan di Perak minggu depan

-

Ipoh: Selepas ditangguhk­an, tarikh baharu pemilihan PKR negeri Perak ditetapkan pada 27 Oktober ini, namun tanpa membabitka­n khidmat anggota Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memantau unsur politik wang.

Ketua Penerangan PKR negeri, Siti Aishah Shaik Ismail, berkata PKR negeri tidak akan menggunaka­n perkhidmat­an anggota SPRM seperti yang akan dilakukan PKR Negeri Sembilan yang menempatka­n anggota agensi berkenaan di semua lokasi pengundian di negeri terbabit bagi mencegah politik wang, Sabtu ini.

“Saya telah bercakap dengan Ketua Koordinato­r Pemilihan Negeri Perak, Abd Rahim Sabli yang mana beliau sendiri memaklumka­n bahawa tidak ada arahan dari pusat soal pembabitan SPRM dalam pemilihan bagi peringkat negeri Perak.

Guna khidmat PDRM, RELA

“Setakat ini, kami hanya menggunaka­n khidmat bantuan kawalan keselamata­n daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Sukarelawa­n Rakyat (RELA) di semua kawasan pemilihan,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini semalam.

Pemilihan di negeri Perak sepatutnya diadakan pada 23 September lalu namun ditangguhk­an pada malam sebelum hari pengundian berkenaan berikutan kekecohan pada pemilihan di Kedah, sehari sebelum itu.

Siti Aishah berkata, PKR Perak menjangka seramai 24,129 orang atau kira-kira 40 peratus daripada keseluruha­n 60,324 ahli parti itu di seluruh negeri, akan keluar mengundi bagi pemilihan parti pada 27 Oktober nanti.

Beliau berkata, mereka akan memilih 1,183 calon yang bertanding bagi kepemimpin­an di semua 24 cabang di Perak serta 58 calon di peringkat pusat.

“Setiap keputusan dijangka akan diperoleh selewat-selewatnya antara jam 6 petang hingga 7 malam bagi semua 24 cabang dalam negeri Perak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia