Berita Harian

‘Tindakan tegas batal kemenangan calon’

-

Kuala Lumpur: Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) PKR akan mengambil tindakan tegas membatalka­n kemenangan calon, jika terbukti mereka mengamalka­n politik wang.

Pengerusi JPP PKR, Datuk Rashid Din, berkata pihaknya tidak akan berkomprom­i dengan kesalahan rasuah atau salah guna wang ketika pemilihan parti.

“Orang yang kalah, kita bagi menang ( jika dakwaan dibuktikan),” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai tindakan disiplin yang akan diambil kepada calon pemilihan PKR, yang didapati mengamalka­n politik wang.

Kelmarin, Rafizi Ramli, calon Timbalan Presiden, pada pemilihan parti kali ini, mendakwa politik wang berlaku secara berleluasa di enam negeri yang sudah mengadakan pemilihan.

Mengulas lanjut, Rashid berkata jika benar perkara itu berlaku, keputusan lanjut untuk mengenakan tindakan disiplin termasuk dipecat, akan diputuskan Biro Disiplin dan kepemimpin­an parti.

Beliau turut meminta semua pihak supaya tidak terus membuat spekulasi sehingga perkara itu dibuktikan.

“Saya rasa belum sampai tahap itu (dipecat). Kalau sampai (ada bukti politik wang) kita buat keputusan.

“Kita tidak boleh buat keputusan in advance (terlalu awal),” katanya.

Belum terima aduan rasmi

Ditanya sama ada Rafizi sudah tampil membuat aduan rasmi, Rashid berkata pihaknya belum menerimany­a.

Sementara itu, calon Ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh, menafikan beliau terbabit dalam dakwaan politik wang.

Sebaliknya, Fuziah mendesak perkara itu dijelaskan oleh mereka yang membuat kenyataan.

“Mungkin Rafizi boleh beri maklumat lengkap,” katanya merujuk kepada jumlah aduan politik wang yang dikesan berlaku ketika pemilihan.

Dua hari lalu, Rafizi ketika berucap di hadapan penyokongn­ya pada majlis amanat sempena Pemilihan PKR di Seremban mendakwa ada cabang PKR yang menerima sogokan dalam bentuk sumbangan sebanyak RM100,000 dan RM200,000.

Beliau juga menuduh ada ahli menerima RM100 untuk setiap undian yang diberi.

 ??  ?? Rashid Din
Rashid Din

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia