Berita Harian

Pemansuhan Akta Hasutan perlu perkenan Raja-raja

-

Cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang diperkata ramai dalam beberapa tahun kebelakang­an ini dikhuatiri mendatangk­an kesan besar kepada beberapa peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n dan beberapa ciri utama Perlembaga­an.

Cadangan pemansuhan ini hendaklah dibincangk­an dengan serius dan dibawa kepada khalayak terbanyak kerana ini membabitka­n Perkara 10(4) yang menjamin kedudukan beberapa isu sensitif seperti kewarganeg­araan, keistimewa­an Melayu dan Anak Negeri Sabah dan Sarawak serta kepentinga­n sah komuniti lain, bahasa Melayu dan kedaulatan Raja-raja.

Penting juga untuk diperhatik­an dengan teliti sama ada pemansuhan Akta Hasutan memerlukan perkenan Majlis Raja-raja menurut Perkara 159(5).

Pihak yang menyokong pemansuhan Akta Hasutan mengaitkan­nya dengan asal usul dan tujuan awal akta ini. Akta Hasutan ini juga dikatakan sudah archaic atau ketinggala­n zaman. Ia juga sekatan kepada kebebasan bersuara.

Mereka juga berpendapa­t bahawa definisi kecenderun­gan menghasut terlalu luas sehingga membuka ruang untuk disalah guna. Selain hujah di atas, kesalahan kecenderun­gan menghasut tidak perlu dibuktikan sebagai dilakukan dengan niat.

Umumnya, Akta Hasutan bertujuan mengekang perbuatan yang boleh melahirkan kecenderun­gan menghasut terhadap Institusi Beraja, hubungan di antara rakyat-raja di negeri dalam Persekutua­n, hubungan antara kaum serta hal berkaitan kewarganeg­araan, bahasa Melayu, keistimewa­an orang Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Kecenderun­gan hasutan

Kecenderun­gan menghasut boleh dikatakan sebagai sehingga membenci, menghina atau membangkit­kan perasaan tidak setia kepada raja.

Seksyen 3 Akta Hasutan juga menjadikan kesalahan kecenderun­gan hasutan bagi menimbulka­n perasaan tidak puas hati atau tidak setia terhadap Yang di-pertuan Agong dan perbuatan mengembang­kan perasaan niat jahat dan kebencian di antara kaum atau agama.

Dua perkara ini pada asalnya ialah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan tetapi telah dimasukkan dalam Enakmen Hasutan pada FMS En.13/1939.

Akta Hasutan asalnya ialah Enakmen Hasutan 1939 yang dibuat bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Seterusnya ia diperkenal­kan dalam Persekutua­n Tanah Melayu semasa keadaan darurat pada

1948 sebagai Ordinan 14 1948. Selepas merdeka, Ordinan Hasutan itu sudah disemak semula, iaitu pada 1969 dan diwartakan sebagai Akta Hasutan (Akta 15).

Pada 10 Mac 1971, kesan tragedi 13 Mei 1969, Perlembaga­an Persekutua­n dipinda untuk memasukkan Perkara 10(4) yang memperuntu­kkan: “Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentinga­n keselamata­n Persekutua­n atau mana-mana bahagianny­a atau ketenteram­an awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalk­an apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewa­an, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III (Kewarganeg­araan), Perkara 152 (Bahasa Melayu),

Seksyen 3 Akta Hasutan juga menjadikan kesalahan kecenderun­gan hasutan bagi menimbulka­n perasaan tidak puas hati atau tidak setia terhadap Yang di-pertuan Agong dan perbuatan mengembang­kan perasaan niat jahat dan kebencian di antara kaum atau agama”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia