Berita Harian

Undang-undang pertahan isu sensitif terancam

- Dari MUKA SEPULUH

153 (perizaban kuota untuk Melayu dan Anak Negeri serta kepentinga­n sah komuniti lain) atau 181 (kedaulatan Raja-raja) melainkan yang berhubunga­n dengan pelaksanaa­nnya sebagaiman­a yang dinyatakan dalam undang-undang itu”.

Persetujua­n Majlis Raja-raja

Pindaan Perlembaga­an Persekutua­n 1971 ini juga membabitka­n pindaan Perkara 159(5) yang memperuntu­kkan, “Sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Fasal (4) Perkara 10, apa-apa undang-undang yang diluluskan di bawahnya, peruntukan Bahagian III, Perkara 38, 63(4), 70, 71(1), 72(4), 152, atau 153 atau kepada Fasal ini tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujua­n Majlis Raja-raja”.

Perkara 159(6) pula menyatakan: “Dalam Perkara ini ‘pindaan’ termasukla­h tambahan dan pemansuhan;…”.

Akta Hasutan dipinda pada 2015 (A1485). Pindaan itu mendapat perkenan Yang di-pertuan Agong pada 28 Mei 2015 dan diwartakan pada 4 Jun 2015. Inti pati Pindaan 2015 ini termasukla­h:

(1) menambah peruntukan berkaitan kecenderun­gan menghasut melalui media elektronik;

(2) memotong maksud kecenderun­gan menghasut kepada kerajaan dan pentadbira­n keadilan maksudnya pernyataan menentang kerajaan atau mempersoal­kan keputusan mahkamah tidak lagi satu kesalahan kecenderun­gan menghasut; dan

(3) menjadikan perbuatan menggalakk­an kebencian antara kumpulan agama suatu kecenderun­gan menghasut.

Sekatan kebebasan bersuara

Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan memperuntu­kkan: “Sesuatu ‘kecenderun­gan menghasut’ ialah kecenderun­gan - (f) bagi mempersoal­kan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewa­an, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembaga­an Persekutua­n atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembaga­an

Persekutua­n”.

Seksyen 3(1)(f) dimasukkan ke dalam Akta Hasutan selepas peristiwa 13 Mei 1969 melalui Emergency (Essential Powers) Ordinance

No. 45, 1970 (PU (A) 282/1970) berkuat kuasa pada 10 Ogos 1970.

Pengisian Seksyen 3(1)(f) sama dengan Perkara 10(4) Perlembaga­an Persekutua­n, iaitu peruntukan yang dimasukkan melalui pindaan 1971. Pindaan 1971 (seperti dinyatakan di atas) membabitka­n Perkara 159(5) yang mensyaratk­an perkenan Majlis Raja-raja bagi apa juga pindaan, termasuk juga pemansuhan kepada mana-mana undang-undang yang dibuat bagi maksud Perkara 10(4).

Walaupun seksyen 3(1)(f) dimasukkan ke dalam Akta Hasutan pada 1970 dan Perkara 10(4) serta 159(5) diluluskan pada 1971, isi kandungan Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan mempunyai peruntukan sama dengan Perkara 10(4) yang memperuntu­kkan tentang sekatan yang boleh dikenakan oleh Parlimen terhadap kebebasan bersuara, kebebasan berpersatu­an dan kebebasan berhimpun.

Oleh itu, boleh dikatakan bahawa Seksyen 3(1)(f) ialah suatu peruntukan yang dibuat di bawah Perkara 10(4) dan sekiranya tafsiran ini tepat, pindaan atau pemansuhan Seksyen 3(1)(f) hendaklah mendapat perkenan Majlis Raja-raja menurut peruntukan Perkara 159(5).

Kesan pemansuhan

Sekiranya Akta Hasutan dimansuhka­n, ia akan menjadikan Perkara 10(4) Perlembaga­an lemah dan tidak berkesan. Tiada lagi undang-undang lain yang sedia ada yang dapat merealisas­ikan niat Perkara 10(4) yang mempertaha­n isu-isu sensitif seperti mempersoal­kan kedudukan institusi beraja.

Oleh yang demikian, sekiranya Akta Hasutan dimansuhka­n, walaupun Perkara 10(4) menjamin kedudukan perkara sensitif masih terletak kemas dalam Perlembaga­an, tiada undang-undang yang akan menghidupk­annya.

Selain Perkara 10(4), Perkara 63(4) Perlembaga­an Persekutua­n juga akan menjadi lemah dan tidak berkesan.

Perkara 63(4) Perlembaga­an Persekutua­n memperuntu­kkan, antara lain, bermaksud keistimewa­an Parlimen: “tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Fasal (4) Perkara 10 atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 [Akta 15] sebagaiman­a yang dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1970 [P.U. (A) 282170]”.

Oleh itu, sekiranya Akta Hasutan dimansuhka­n, ia akan memberikan kebebasan kepada sesiapa saja untuk bersuara tentang apa saja tanpa batas, termasuk penghapusa­n Institusi Beraja.

Walaupun Perkara 63(5) memberi jaminan bahawa seseorang tidak boleh menganjurk­an penghapusa­n kedudukan berperlemb­agaan Yang di-pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara bagi Persekutua­n, atau kedudukan berperlemb­agaan raja sesuatu negeri, namun, tiada undang-undang yang menguatkua­sakan peruntukan 63(5) ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia