Berita Harian

Pindaan beri kuasa menteri tetapkan caj

-

Rang Undangunda­ng (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2018 diluluskan sebulat suara selepas dibahas 14 Ahli Parlimen dan dibacakan kali ketiga, di Dewan Rakyat, semalam.

Pindaan kepada Seksyen 4G Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212) itu memberi kuasa kepada menteri untuk memperuntu­kkan pembayaran suata fi (caj) bagi perjanjian sewa beli kenderaan motor terpakai.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata perkhidmat­an pemeriksaa­n bagi memperhalu­si perjanjian sewa beli ketika ini ditawarkan sepenuhnya oleh Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM).

Bagaimanap­un, katanya, perjanjian antara badan pengawal iaitu kerajaan dan PUSPAKOM untuk terus menawarkan perkhidmat­an itu kepada pengguna ketika ini sudah tamat dan berada dalam tempoh interim sehingga Disember.

Lebih kuasa rundingan

“Oleh itu, perkara ini (sistem perolehan kerajaan) terbuka kepada manamana syarikat yang hendak menawarkan perkhidmat­an sama boleh mengemukak­an permohonan untuk diteliti.

“Ketika ini, perkhidmat­an berkenaan yang memperuntu­kkan semakan terhadap 22 aspek kenderaan motor terpakai dimonopoli PUSPAKOM, iaitu anak syarikat milik penuh Drbhicom Bhd.

“Berbekalka­n pindaan ini (Akta 212), kita akan mempunyai lebih kuasa rundingan bagi menentukan caj perkhidmat­an dengan PUSPAKOM, sekali gus membantu menambah pendapatan kerajaan,” katanya pada sesi penggulung­an RUU berkenaan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution menjelaska­n, caj perkhidmat­an perjanjian sewa beli yang memperuntu­kkan pemeriksaa­n kenderaan bermotor ketika ini berkadar RM60.

Katanya, 12.5 peratus atau RM7.50 daripada keseluruha­n caj dikenakan PUSPAKOM itu diwartakan sebagai pendapatan kerajaan.

“Meneliti sesi perbahasan, saya mengambil maklum bahawa wujud keperluan untuk kerajaan mengkaji semula kadar sumbangan pendapatan kerajaan melalui caj PUSPAKOM.

“Oleh itu, perkara ini akan dibangkitk­an dalam kita memeterai perjanjian dengan PUSPAKOM untuk kontrak mereka diperbahar­ui oleh kerajaan kelak,” katanya.

Perkara ini terbuka kepada mana-mana syarikat yang hendak menawarkan perkhidmat­an” Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia