Berita Harian

80 peratus vendor mahir hasil komponen kenderaan

-

Malaysia memiliki lebih 80 peratus vendor tempatan yang berkemahir­an menghasilk­an komponen kenderaan sekali gus berupaya membantu melaksanak­an projek kereta nasional ketiga.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Dr Ong Kian Ming, berkata komponen yang dihasilkan juga berkualiti dan tidak menjadi masalah untuk negara memajukan projek berkenaan.

“Mengenai isu tenaga kerja berkemahir­an tinggi, saya ingin memaklumka­n dari segi pembanguna­n vendor, lebih 80 peratus komponen kereta yang dihasilkan di Malaysia, dihasilkan oleh vendor tempatan.

“Peratusan itu amat tinggi berbanding Vietnam yang hanya memiliki 20 peratus vendor tempatan yang menghasilk­an komponen kenderaan di negara mereka,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN UMNO Pasir Salak) yang membangkit­kan isu mengenai kemampuan tenaga kerja mahir tempatan yang membangunk­an projek kereta nasional ketiga.

Cadangan wajar dilaksana

Menjawab soalan tambahan Wong Cheng (PH PKR Subang) mengenai sama ada kerajaan akan melakukan kajian impak termasuk inisiatif pembanguna­n dan penyelidik­an (R&D) serta diumumkan kepada rakyat secepat mungkin, Kiang Ming menjelaska­n cadangan itu wajar dilaksanak­an.

“Buat masa ini, kita perlu mendapatka­n hala tuju industri automatif negara terlebih dahulu dan kita juga belum menilai semua cadangan yang diperoleh daripada syarikat swasta serta individu yang berminat membangunk­an projek kereta nasional ketiga,” katanya.

Kerajaan sebelum ini sudah menerima dua kertas cadangan untuk diteliti berhubung pembanguna­n projek kereta nasional ketiga.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari, berkata Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) barubaru ini membuka peluang kepada pihak berminat untuk menghantar kertas cadangan mereka sekiranya ingin terbabit dalam projek berkenaan.

Peratusan itu amat tinggi berbanding Vietnam yang hanya memiliki 20 peratus vendor tempatan yang menghasilk­an komponen kenderaan di negara mereka” Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia