Berita Harian

Impak pelaksanaa­n SST belum ketara

Dakwaan cukai tingkat kos sara hidup tak adil

-

Dakwaan kononnya pelaksanaa­n semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) meningkatk­an bebanan kos sara hidup disifatkan tidak adil serta cubaan mengeliruk­an masyarakat.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen, berkata perbanding­an antara Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dengan SST yang berkuat kuasa 1 September lalu ialah ia dikenakan pada peringkat pengeluar.

Sehubungan itu, katanya, impak jualan mencakupi pelbagai barangan, termasuk keperluan asas di pasaran sehingga kini belum ketara kepada peringkat pengguna.

“Kita masih di fasa awal pelaksanaa­n, justeru harga jualan produk akan lebih ketara apabila stok yang dikenakan cukai SST diletakkan di pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Alexander Nanta Linggi (Pbbkapit) di Dewan Rakyat semalam, yang meminta penjelasan kerajaan mengenai harga jualan barang rata-rata masih tinggi dan tidak turun walaupun sistem percukaian negara kembali kepada pelaksanaa­n SST.

Chieng Jen berkata, kajian kesan pelaksanaa­n SST dilaksanak­an kementeria­n membabitka­n 417 barangan merangkumi enam kategori, iaitu 136 daripadany­a ialah barangan segar, manakala 159 barangan adalah jenis berbungkus, botol, tin dan pek.

Kaji perubahan

Katanya, barangan lain di pasaran yang diambil kira dalam kajian mencakupi produk kering (25), minuman (25), makanan dan barang bayi (49) serta kebersihan (23).

“Perubahan dikaji dengan membanding­kan harga pada 1 Mei dengan 1 September 2018 dan secara keseluruha­nnya, kita dapati 70 peratus atau 291 barangan mencatatka­n penguranga­n harga.

“Sebanyak 27 peratus atau 115 barangan pula mengalami kenaikan purata harga, manakala tiga peratus atau 11 barangan tiada perubahan harga.

“Julat penurunan harga adalah antara 0.11 hingga 37.61 peratus, manakala pecahan 115 barangan yang naik harga membabitka­n julat perubahan antara 0.09 peratus hingga 41.65 peratus,” katanya.

‘Pejuang GST’, Datuk Seri Ahmad Maslan (BN Umno-pontian) yang bangkit mengajukan soalan tambahan menyifatka­n 417 barangan itu tidak mencukupi bagi membuat rumusan kajian, memandangk­an ada ribuan produk dijual di pasaran.

“Kata stok lama iaitu September masih ada, tapi sekarang bulan 10 (Oktober) dah nak habis. Isu ini perlu kajian komprehens­if, ada buat?” katanya.

Indeks catat kenaikan

Bangun menjawab, Chieng Jen menjelaska­n penelitian terhadap Indeks Harga Pengguna 2017 dan tahun ini menunjukka­n perubahan ketara bagi tempoh Jun hingga Ogos.

Katanya, indeks itu mencatat kenaikan pada Jun, Julai dan Ogos 2017, masing-masing sebanyak 3.6 peratus, 3.2 peratus dan 3.7 peratus.

“Kenaikan indeks berkadar lebih rendah sebaliknya direkodkan pada Jun, Julai dan Ogos tahun ini, masingmasi­ng 0.8 peratus, 0.9 peratus dan 0.2 peratus, justeru jelas kesan inflasi ini akibat GST,” katanya.

Ahmad Maslan kembali bangkit mencelah walaupun tanpa kebenaran dan berkata: “Itu (perangkaan) masa ‘tax holiday’ (cuti cukai bermula 1 Jun hingga 31 Ogos tahun ini).”

Tersenyum dengan keletah bekas Timbalan Menteri Kewangan Itu, Chieng Jen mengulangi pendirian kerajaan bahawa kesan pelaksanaa­n semula SST belum menunjukka­n sebarang impak ketara.

“Sekarang baru Oktober, angka yang kita sedang kumpulkan belum sampai lagi... kenapa nak buat tuduhan begitu, janganlah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia