Berita Harian

Air paip negara kita selamat diminum terus

-

Kualiti air paip di Malaysia ketika ini yang melalui proses saringan dan pembersiha­n di loji tapisan, selamat diminum secara terus.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar, berkata kegagalan mana-mana pengguna untuk minum dari paip secara terus bukan berpunca daripada loji.

“Memang, air yang keluar dari paip boleh diminum di seluruh Malaysia, tiada masalah. Kalau ada masalah, itu masalah tempatan, bukan sebab loji.

“Air yang keluar dari loji di selu- ruh Malaysia, 100 peratus boleh diminum. Memang saya minum terus dari paip,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Said (BN UMNO-KUALA Krau) di Dewan Rakyat, semalam.

Tampung jualan kelapa sawit

Ismail meminta penjelasan berhubung kenyataan didakwa dikeluarka­n Ketua Setiausaha Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli bahawa sudah tiba masanya air yang keluar dari paip di negara ini selamat untuk terus diminum.

Menjawab soalan tambahan William Leong Jee Keen (PH Pkrselayan­g) berhubung langkah kerajaan menangani kesan penerokaan hutan khususnya kawasan berdekatan empangan terhadap sumber air negara, Xavier berkata, faktor itu berpunca daripada pelbagai sebab, termasuk bagi menampung jualan kelapa sawit di pasaran antarabang­sa.

Bagaimanap­un, pihaknya menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri menerusi penguatkua­saan berteraska­n peruntukan undangunda­ng sedia ada di peringkat Kerajaan Persekutua­n, selain enakmen dan ordinan kerajaan negeri bagi membendung penularan kesan penerokaan hutan.

Tarik balik kontrak pembalakan

“Di Kedah baru-baru ini, kita tarik balik kontrak pembalakan di lembangan Kuala Muda, selain di Perlis dan Pulau Pinang dalam usaha mengekang kesan langsung kegiatan berkenaan terhadap operasi empangan.

“Kita mempunyai garis panduan yang menetapkan kawasan litupan hutan Malaysia perlu berada pada kadar sekurang-kurangnya 50 peratus bagi menjamin keseimbang­an faktor penjanaan air semula jadi menerusi lembangan.

“Sekarang, kadar litupan hutan ialah 53.2 peratus, termasuk Sabah dan Sarawak, tetapi kita akan gagal capai perangkaan minimum jika hanya bergantung kepada ‘kawasan hijau’ di Semenanjun­g.

“Oleh itu, semua negeri perlu memainkan peranan bagi memastikan kadar litupan hutan kita tidak kurang daripada 50 peratus,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia