Berita Harian

Kaji buka 30 peratus monopoli BERNAS

Kerajaan ambil kira pandangan pemain industri padi, beras

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

Kerajaan kini mengkaji untuk membuka 30 peratus monopoli Padiberas Nasional (BERNAS) kepada pemain industri padi dan beras lain pada tahun depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, berkata kajian itu antara langkah yang dikemukaka­n beberapa pihak kerana konsesi syarikat itu akan tamat sepenuhnya pada tahun 2021.

“Kita tidak mahu terlalu tergopoh-gapah untuk memperkena­lkan model baharu bagi menggantik­an BERNAS kerana ia membabitka­n soal keselamata­n makanan negara.

“Sebagai menteri yang diamanahka­n, kita bukan setakat mahu mewujudkan badan bagi menggantik­an BERNAS tanpa melihat visi yang lebih jauh.

“Maka beberapa pandangan lebih jelas dan luas perlu diambil kira,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Rusnah Aluai (PH PKR - Tangga Batu) mengenai sama ada kerajaan bercadang menubuhkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara bagi mengambil alih fungsi BERNAS.

Salahuddin berkata, kajian lanjut mengenai model baharu yang bakal menggantik­an BERNAS sedang dibincangk­an oleh jawatankua­sa khas yang diketuai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, kerajaan berikrar merealisas­ikan penamatan monopoli BERNAS antara terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Aspek urbanisasi

“Kajian bersifat komprehens­if harus melihat aspek urbanisasi lebih-lebih lagi apabila tanah dan bendang semakin kurang, penduduk semakin bertambah dengan populasi negara dijangka 45 juta orang pada tahun 2050,” katanya.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, kerajaan akan memastikan kewajipan sosial terhadap petani akan dipertahan­kan sebaik sahaja monopoli BERNAS dipecahkan.

“Pertama menyelengg­ara dan mengurus stok penimbang negara, kedua membeli padi dari petani dengan harga minimum dan terjamin, ketiga ialah bertindak menjadi pembeli terakhir petani, keempat mengurus pembayaran subsidi kepada petani dan terakhir menguruska­n skim pengilang Bumiputera,” katanya.

Kerajaan akan pastikan kewajipan sosial terhadap petani dipertahan­kan sebaik sahaja monopoli BERNAS dipecahkan” Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia