Berita Harian

Buat kajian menyeluruh elak implikasi undang-undang

-

Kuala Lumpur: Pemansuhan hukuman mati mandatori tidak boleh dijalankan secara tergesa-gesa hanya sekadar untuk memenuhi janji dalam manifesto pilihan raya yang lalu.

Ahli Jawatankua­sa Pusat MCA, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker, berkata kerajaan perlu membuat kajian menyeluruh kerana pelaksanaa­n itu bakal memberi implikasi kepada sistem perundanga­n negara.

Katanya, soal pemansuhan hukuman itu bukan hanya membabitka­n satu atau dua undang-undang saja tetapi sistem perundanga­n dan hukuman kepada pesalah jenayah.

“Justeru, kerajaan kena tubuh satu jawatankua­sa khas membabitka­n pelbagai pihak berkepenti­ngan sebelum tindakan memansuhka­n hukuman mati mandatori dibuat.

“Saya membantah jika hukuman ini mahu dimansuhka­n hanya kerana ia menjadi janji manifesto Pakatan Harapan (PH). “Perlu diingat bahawa janji manifesto lebih kepada memancing undi dan PH kini sudah pun menang. Tidak sepatutnya perkara yang serius dan berat ini dijadikan alat untuk agenda politik saja,” katanya.

Beliau mengulas keputusan Kabinet mahu memansuhka­n hukuman mati mandatori bagi semua kesalahan di negara ini.

Tangguh pelaksanaa­n

Susulan itu, Kabinet memutuskan semua pelaksanaa­n hukuman mati akan ditangguhk­an sehingga pemansuhan itu berkuat kuasa.

Lian Ker berkata, sebelum ini, kerajaan mengakui manifesto yang dibuat itu tidak melalui proses kajian menyeluruh tetapi berdasarka­n kehendak dan kemahuan penyokong mereka.

Beliau khuatir pemansuhan itu akan memberi kesan kepada matlamat asal hukuman itu digubal serta menafikan keputusan yang sudah dibuat di Parlimen sebelum ini.

“Kerajaan tidak perlu menggunaka­n pemansuhan hukuman mati mandatori ini sebagai modal politik lagi, bagi memenuhi keperluan dan kehendak segelintir aktivis yang lantang dalam isu berkenaan.

“Kerajaan kena bertindak bukan hanya akur kepada permintaan satu dua aktivis dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) saja.

“Kita mahukan kerajaan yang bertanggun­gjawab kepada keseluruha­n rakyat. Jangan gunakan satu dua kes yang terkhilaf sebagai asas untuk memansuhka­n hukuman mati mandatori ini.

“Suara rakyat itu perlu diutamakan bukannya suara segelintir aktivis yang lantang menyokong kerajaan saja. Asas kepada perubahan itu perlu kukuh dan disokong rakyat seluruhnya,” katanya.

Beliau berkata, kenyataan terbaru Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa hukuman itu belum kekal sehingga dimansuhka­n, jelas membayangk­an beliau sendiri tidak berapa setuju dengan pemansuhan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia