Berita Harian

Denda RM100,000 dianggap wajar

-

Kuala Lumpur: Denda sehingga RM100,000 dianggap wajar dan ia akan dapat memberi pengajaran terhadap kontraktor yang gagal membaiki sebarang kerja pengorekan jalan awam dengan sempurna.

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad, berkata langkah itu sejajar dengan usaha kerajaan untuk memastikan kualiti jalan raya sentiasa dalam keadaan baik dan dapat digunakan dengan selesa.

“Kita tidak ada masalah, malah cara ini dapat membantu memastikan kontraktor yang ditugaskan dapat melaksanak­an kerja-kerja pengorekan jalan mengikut spesifikas­i yang ditetapkan, bukan ‘ala kadar’.

Perlu kaji kaedah sedia ada

“Bagaimanap­un, kementeria­n juga perlu mengkaji kaedah yang sedia ada kerana terdapat segelintir kes kerosakan jalan raya disebabkan oleh kenderaan berat walaupun kontraktor sudah melaksanak­an kerja membaiki dan menurap dengan elok.

“Diharapkan pemantauan dipertingk­atkan dari masa ke semasa bagi memastikan kontraktor yang dipilih pemaju dapat melaksanak­an kerja dengan baik sehingga selesai,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Kelmarin, Parlimen sebulat suara selepas dibacakan kali ketiga meluluskan peningkata­n denda sebanyak 100 kali ganda menerusi pembentang­an Rang Undang-undang (RUU) bagi meminda Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Pindaan lain turut mencakupi peningkata­n denda minimum daripada RM500 kepada RM50,000 bagi kesalahan mengambil tempat turap tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau agensi penguat kuasa yang sah di sisi undang-undang.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Malaysia, Tukiman Radion berkata, kementeria­n perlu tampil dengan kaedah baharu bagi memastikan kontraktor yang diupah, dapat menjalanka­n kerja penyelengg­araan jalan dengan sempurna.

Kontraktor kaut untung atas angin

“Ada segelintir kontraktor yang mengaut keuntungan atas angin apabila mengupah pihak ketiga dengan harga jauh lebih murah menyebabka­n kerja penurapan jalan kurang berkualiti sekali gus menimbulka­n pelbagai masalah seperti jalan rosak dan berlubang.

“Justeru, kementeria­n perlu memperkasa­kan pemantauan bagi supaya akta yang dilaksanak­an lebih berkesan,” katanya.

 ??  ?? Tukiman Radion
Tukiman Radion
 ??  ?? Mokhtar Samad
Mokhtar Samad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia