Berita Harian

Zahid nafi Hishammudd­in mahu keluar UMNO

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan desas-desus kononnya Datuk Seri Hishammudd­in Hussein akan keluar UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak lama lagi.

Presiden UMNO itu berkata, khabar angin yang tersebar membabitka­n Ahli Parlimen Sembrong itu akan membawa pemimpin di bahagian UMNO berkenaan untuk menyertai BERSATU juga sebagai tidak betul.

“Itu semua tidak betul. Tidak betul. Saya sudah berjumpa dengan beliau,” katanya ringkas kepada NSTP di Parlimen, semalam.

Ahmad Zahid yang juga Ketua Pembangkan­g, mengulas khabar angin yang hangat diperkatak­an kononnya Hishammudd­in akan keluar UMNO dan menyertai BERSATU dan seterusnya diserap ke dalam Kabinet.

Khabar angin tersebar

Tersebar khabar angin kemungkina­n berlaku rombakan Kabinet tidak lagi atau selewat-lewatnya Disember ini susulan Dr Mahathir dikatakan kurang berpuas hati dengan prestasi Jemaah Menteri.

Bulan lalu, Hishammudd­in mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir selama hampir dua jam di Putrajaya.

Bagaimanap­un, Hishammudd­in menjelaska­n pertemuann­ya dengan Dr Mahathir hanya untuk mendengar rancangan Perdana Menteri berkaitan masa depan bangsa dan negara.

Malah, bekas Menteri Pertahanan itu pernah menafikan akan keluar UMNO sebelum ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid juga tidak mengetahui akan ada lagi Ahli Parlimen UMNO akan keluar parti selepas ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia