Berita Harian

Rakyat bebas berpersatu­an

Pandangan SPR selaras dengan Perlembaga­an Persekutua­n

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) berpandang­an setiap rakyat bebas berpersatu­an selaras dengan Perkara 10(1)(c) Perlembaga­an Persekutua­n.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata hak kebebasan untuk berpersatu­an turut terpakai keputusan Mahkamah Persekutua­n membabitka­n kes Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 1992.

“Kerajaan terbuka terhadap cadangan penambahba­ikan berkaitan penggubala­n undang-undang daripada pelbagai pihak.

Cadangan gubal akta lompat parti

“Bagaimanap­un, berhubung cadangan untuk menggubal undang-undang anti lompat parti, SPR berasa setiap rakyat bebas berpersatu­an,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan oleh Lim Lip Eng (PH Dap-kepong) sama ada kerajaan bercadang menggubal undang-undang anti lompat parti bagi memastikan wakil rakyat yang keluar parti mengosongk­an kerusi yang dimenangi di sini, semalam.

Mahkamah Persekutua­n pada 1992 memutuskan peraturan PAS yang menghalang bekas wakil rakyatnya, Nordin Salleh melompat parti melanggar Perkara 10 Perlembaga­an Persekutua­n yang menjamin kebebasan berpersatu­an.

Barisan Nasional (BN) yang kehilangan kuasa sejak 9 mei lalu menyaksika­n enam wakil rakyatnya bertindak keluar parti dengan terbaru membabitka­n ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozlan Isli yang keluar UMNO dan berhasrat menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia