Berita Harian

‘DAP utama khidmat, bukan gelaran’

-

Kuala Lumpur: DAP mengingatk­an pemimpinny­a mengekalka­n budaya memberi perkhidmat­an kepada rakyat tanpa mengharapk­an ganjaran, termasuk gelaran datuk kurniaan negeri.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, berkata DAP tidak mahu pemimpinny­a ‘hanyut’ dengan penghargaa­n dan gelaran datuk.

Katanya, jika pemimpin DAP terutama wakil rakyat mahukan penghargaa­n, ia sepatutnya hadir daripada rakyat sendiri yang menilai perkhidmat­an mereka.

“Kita bukan tidak menghargai penghargaa­n yang diberikan, tetapi saya rasa yang penting adalah perkhidmat­an kepada rakyat dan jangan jadi seperti BN sebelum ini terkejar-kejar nak jadi datuk.

“Saya tak jadi datuk, tetapi saya jadi pemimpin DAP selama ini. Itulah mesej yang kita nak sampaikan,” katanya, semalam.

Kontrovers­i babit pemimpin DAP

Beliau mengulas kontrovers­i membabitka­n pemimpin DAP yang menerima anugerah datuk, walaupun baru menjadi pentadbir yang disifatkan­nya bertentang­an dengan prinsip parti itu.

Guan Eng yang juga Menteri Kewangan berkata, Jawatankua­sa Eksekutif Pusat (CEC) sudah membincang­kan perkara itu dan tidak berpuas hati dengan tindakan pemimpin DAP menerima pangkat dan anugerah kebesaran.

Di Melaka,

Pengerusi DAP negeri, Datuk Tey Kok Kiew, berkata kepemimpin­an DAP Pusat perlu memaklumka­n pemimpin tertinggi negara susulan keputusan untuk tidak menerima sebarang pengurniaa­n darjah, bintang dan pingat kebesaran, ketika masih berada dalam tempoh perkhidmat­an masing-masing.

Katanya, beliau mengambil maklum dan akur keputusan CEC parti supaya semua pimpinan parti, termasuk ahli majlis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen, EXCO, Menteri, Ketua Menteri dan semua peringkat pimpinan untuk tidak menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia