Berita Harian

91 peratus tak setuju menteri baharu terima pingat

Pemberian darjah kebesaran terlalu awal, khidmat baik belum terbukti

- Oleh Nur Lela Zulkipli

Orang ramai tidak setuju ahli politik yang baru dilantik sebagai pentadbir dalam kerajaan dikurniaka­n darjah, bintang dan pingat kebesaran.

Tinjauan pendapat secara dalam talian menerusi Facebook dan Twitter yang dilakukan oleh dan New

mendapati 91 peratus pembaca tidak bersetuju dengan penganuger­ahan itu.

Individu berkenaan termasuk mereka yang baru memegang jawatan sebagai menteri dan timbalan menteri.

25,000 peserta tinjauan

Tinjauan pendapat yang bermula sejak kelmarin itu, disertai oleh 25,000 orang.

Daripada jumlah itu, hanya sembilan peratus bersetuju dengan penganuger­ahan.

Seorang pembaca dikenali sebagai Mohd Ridzuan Bakar, berkata dia tidak bersetuju dengan perkara itu kerana merasakan Malaysia tidak memerlukan lebih ramai orang bergelar datuk, sebaliknya mereka yang bersedia berkhidmat untuk rakyat dengan ikhlas.

Frank Frankconer­o pula berpendapa­t, pingat kebesaran sepatutnya dikurniaka­n berdasarka­n prestasi kerja terhadap rakyat dan negara.

“Tiada masalah sekiranya ingin mengurniak­an darjat kebesaran, namun mereka perlu membawa manfaat kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, Noriha Abdullah berkata, individu yang baru dilantik dalam kerajaan tidak layak diberi pengiktira­fan sedemikian, selagi belum mencapai matlamat yang dijanjikan.

“Mana boleh bagi pangkat terus. Perlu capai petunjuk prestasi utama (KPI) terlebih dahulu baru tahu gelaran itu sesuai atau tidak,” katanya.

Ikmal Zainal Jr berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana individu yang baru dilantik perlu menimbang semula sama ada ingin menerima pingat kebesaran berkenaan atau sebaliknya.

“Tidak wajar sekiranya individu yang baru dilantik menerima pingat kebesaran.

“Apabila sudah banyak jasa kepada rakyat dan negara, baru fikir untuk terima pengiktira­fan itu,” katanya.

AK Yang pula berpendapa­t, mereka yang baru dilantik tidak sepatutnya mengejar gelaran datuk dan perlu menumpukan sepenuh perhatian untuk membantu membangunk­an negara.

“Adakah gelaran datuk sangat penting? Rasanya hanya di Malaysia saja orang sibuk buru gelaran ini.

“Di Jepun, Korea dan Jerman tiada semua gelaran ini. Menteri dan wakil rakyat perlu mula buat kerja dan berhenti buru gelaran,” katanya.

Punca rasuah

Nazar Yunus pula berasakan tindakan itu tidak wajar, kerana ia boleh menjadi punca kepada rasuah selain jasa individu berkenaan masih belum layak untuk diberi darjah kebesaran.

Namun, Nurul Huda berkata, kebanyakan menteri dan timbalan menteri baru dilantik pernah berkhidmat untuk rakyat ketika jadi wakil rakyat.

“Tidak salah sekiranya ada individu yang diiktiraf berdasarka­n jasa mereka ketika menjadi wakil rakyat.

“Ia merupakan hak mereka untuk menerima atau menolaknya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia