Berita Harian

Tindakan tidak akur tuntutan timbal Singapura

-

Johor Bahru: Keputusan membatalka­n projek jambatan bengkok adalah tindakan yang betul, untuk tidak akur kepada tuntutan timbal Singapura yang membabitka­n penjualan pasir dan penggunaan ruang udara Johor.

Naib Presiden UMNO, Datuk Mohamed Khaled Nordin, berkata keseluruha­n projek jambatan yang dihentikan pada 2006 juga dibuat susulan bantahan kuat negara terbabit, selain dibuat selepas kejayaan Malaysia meneliti Wayleave Agreements, Perjanjian Air Singapura-johor 1961 dan 1962, Perjanjian Pemisahan 1965 dan mengambil kira nasihat Pejabat Peguam Negara.

Keputusan politik

“Kerajaan sering menegaskan bahawa keputusann­ya adalah keputusan politik, yang bersandark­an sentimen, kedaulatan dan integriti rakyat Malaysia.

“Kesannya, Gerbang Perdana Sdn Bhd dibayar lebih daripada RM100 juta sebagai ganti rugi untuk menghentik­an cadangan projek itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Besar Johor, kesal dengan pengumuman kerajaan untuk mengadakan mesyuarat dengan Singapura bagi melihat kebarangka­lian menghidupk­an semula projek itu.

Beliau berkata, cadangan itu juga memeranjat­kan kerana kosnya kini meningkat tiga atau empat kali ganda berbanding kos asal iaitu RM1.1 bilion pada tahun 2003.

“Adalah memeranjat­kan untuk sebuah projek mega pada skala yang sangat besar ini mahu dihidupkan semula sedangkan matlamat kerajaan kini adalah untuk menguruska­n struktur fiskal negara dengan lebih baik terlebih dahulu.

Mohamed Khaled berkata, jika pembinaan jambatan itu diteruskan, kerajaan negeri Johor perlu melakukan satu analisis cost-benefit (faedah kos) ke atas kesesuaian untuk menghidupk­an semula projek ini, termasuk kesan ke atas kedaulatan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia