Berita Harian

Ambil kira kemampuan negara sebelum terus projek

Syor dibuat MB Johor belum dibawa ke peringkat Kerajaan Persekutua­n

- Oleh Wartawan NSTP

Cadangan untuk meneruskan semula projek jambatan bengkok menghubung­kan Malaysia-singapura di Selat Johor akan ditentukan kerajaan berdasarka­n kekuatan fiskal negara.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata cadangan itu dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, namun belum dibawa ke peringkat Kerajaan Persekutua­n.

Bagaimanap­un, katanya, keutamaan kerajaan buat masa ini lebih terarah kepada projek infrastruk­tur yang membawa kebaikan kepada rakyat seperti pembinaan hospital, sekolah dan jalan raya.

“Apabila sudah terima cadangan baru menteri akan lihat perkara ini sama ada kita ada kapasiti pada masa ini untuk meneruskan projek ( jambatan bengkok) atau kita boleh pertimbang­kan apabila keadaan mengizinka­n.

Beri keutamaan projek infrastruk­tur

“Sudah tentu, kita perlu memberi keutamaan kepada projek infrastruk­tur tetapi saya yakin kerajaan Johor akan membawa perkara ini kepada Kerajaan Persekutua­n,” katanya ketika ditemui di Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Osman bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan cadangan kerajaan Johor mahu ‘menghidupk­an’ semula projek pembinaan jambatan bengkok.

Jambatan bengkok atau Jambatan Indah yang diilhamkan Dr Mahathir adalah projek jambatan sepanjang 1.4 kilometer bagi menggantik­an Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang digunakan sejak 1923.

Idea pembinaan jambatan bengkok tercetus kerana Singapura tidak mahu mengubah Tambak Johor yang menjadi struktur penghubung di sempadan negaranya.

Seni bina jambatan bengkok itu lebih tinggi bagi membolehka­n kapal kecil melepasi Selat Johor namun Singapura enggan berkomprom­i dengan konsep itu.

Projek itu dibatalkan pada tahun 2006 pada era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

 ??  ?? Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali
 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia